LOS ANGELES - Pelakon terkenal, Tom Cruise mengungguli senarai pelakon lelaki yang menerima bayaran paling tinggi di Hollywood, dengan memperoleh pendapatan berjumlah AS$75 juta (RM236 juta) antara Mei 2011 hingga Mei 2012, terbitan majalah Forbes.
Showing posts with label TOM CRUISE. Show all posts
Showing posts with label TOM CRUISE. Show all posts
Friday, 6 July 2012
Sunday, 1 July 2012
HOLMES : CRUISE TERLALU MENGONGKONG
New York – Katie Holmes bimbang dia akan menjadi `robot’ jika terus bersama dengan Tom Cruise, yang terkenal dengan sikap suka mengongkong.
Malah, Holmes juga mengakui, hidupnya berubah 360 darjah sejak bergelar isteri kepada Cruise.
Perkara itu dikatakan menjadi punca bekas aktress Dawson’s Creek ini memfailkan perceraian selepas lima tahun berada di alam perkahwinan dengan bintang ‘Rock of Ages’ itu.
KETIGA-TIGA ISTERI CRUISE DICERAIKAN PADA USIA 33 TAHUN...
LOS ANGELES - Sebaik sahaja berita Tom Cruise dan Katie Holmes akan bercerai muncul, peminat-peminat mereka rasa pelik dengan satu maklumat - secara kebetulan ketiga-tiga isterinya berpisah apabila mereka mencecah usia 33 tahun.
Ketiga-tiga isteri Cruise berusia 33 tahun semasa khabar bahawa mereka akan bercerai tersebar luas dan rumah tangga menemui jalan akhir secara rasmi setahun kemudian.
Isteri berita Cruise, Mimi Rogers, yang berusia 31 apabila berkahwin dengan Cruise, yang hanya berumur 25 tahun pada Mei 1987, dan genap 33 apabila berpisah pada 1990.
Kemudian Cruise berkahwin dengan Nicole Kidman, 23, pada Disember 1990 dan berpisah pada 2001. Ketika itu Kidman berusia 33 tahun.
Holmes, 28, dan Cruise berkahwin pada 2007, tujuh bulan selepas Suri, anak perempuan mereka, lahir.
Dan, apabila berita bahawa kedua-dua mereka akan bercerai muncul semalam, Holmes berusia 33 tahun.
Laporan msnbc menyebut bahawa penceraian dalam setiap kes muncul apabila wanita yang menjadi fokus mencecah 34 tahun. Holmes akan genap 34 tahun Disember ini.

Portal itu juga berkata bahawa maklumat mengenai tahun secara kebetulan itu disedari peminat-peminat mereka yang mengikuti perkembangan pasangan tersebut menerusi laman sosial.
"Apa yang aneh ialah ketiga-tiga perkahwinan Cruise yang gagal berakhir ketika kesemua wanita terbabit berusia 34 tahun?" kata Karen D'Souza menerusi Twitter.
Peminat-peminat lain cuba mencari hubungan antara nombor 33-34 dan kepercayaan 'Scientology' Cruise.
Cruise bersandarkan pada kepercayaan itu ketika menamakan anak perempuannya sebagai Suri.
sumber : sinar harian

Saturday, 30 June 2012
TOM CRUISE, KATIE HOLMES.....BERCERAI JUGA...
Pasangan popular Hollywood Tom Cruise dan Katie Holmes telah bercerai selepas lima tahun berkahwin.
Daily Mail menyatakan, Holmes telah menfailkan cerai terhadap suaminya melalui peguamnya Jonathan Wolfe.
Jonathan Wolfe memberitahu majalah People punca keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan masalah peribadi yang dihadapi pasangan itu.
“Baik Holmes mahupun Cruise masalah yang berlaku sangat peribadi,” ujarnya.
Wolfe memberitahu, anak pasangan itu iaitu Suri akan berada di bawah pengawasan Holmes buat masa ini.
“Dia sangat sayangkan Suri dan sering bersama anaknya itu dan buat masa ini pengawasan anak mereka diberi kepada Holmes,” katanya.
Pasangan itu berkahwin pada tahun 2008 dan akan menjadi penceraian ketiga bagi Cruise selepas gagal mempertahankan rumah tangganya dengan pelakon Nicole Kidman dan Mimi Rogers.
Untuk rekod.... pernikahan Tom Cruise pada tahun 2008 itu menelan belanja sebanyak US$2 juta. Pasangan yang lebih mesra dengan panggilan TomKat itu menikah di sebuah tempat di luar Rome, Italy dengan menampilkan penyanyi opera kelas dunia, Andrea Bocelli sebagai penyanyi undangan untuk menghiburkan tetamu.
Gaun pengantin yang membaluti tubuh Holmes ketika itu penuh bertabur kristal Swarovski hasil sentuhan Giorgio Armani. Pesta perkahwinan mereka hanya dihadiri oleh 150 orang tetamu yang terdiri dari teman-teman rapat dan saudara terdekat sahaja.
Ternyata dan terbukti perbelanjaan perkahwinan yang mewah bukanlah jaminan kebahagiaan rumahtangga......
Subscribe to:
Posts (Atom)