Showing posts with label DINAR EMAS KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label DINAR EMAS KELANTAN. Show all posts

Sunday, 1 July 2012

MUFTI KELANTAN DICABAR HUSAM UNTUK BERDEBAT BERKENAAN DINAR EMAS...???


Bila ada pemimpin bercakap pasal skandal matawang syariah ini, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato’ Husam Musa akan cabar berdebat. Bagaimana dengan Mufti Kelantan yang semalam berkata Dinar Emas Kelantan bukan matawang, ia sekadar perhiasan sahaja. Apakah Husam akan mencabar Mufti Kelantan, Dato’ Mohamad Shukri Mohamad berdebat kerana kata-kata Mufti seperti yang dilaporkan oleh beberapa media arus perdana semalam dan pagi ini.
Mufti Kelantan juga menolak gesaan Gabungan NGO Kelantan dan blog ini supaya Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan diletakkan dibawah KDYMM Tuanku Al Sultan Kelantan menerusi Baitul Mal.
“Dinar yang ada sekarang tidak termasuk dalam kategori mata wang. Ia hanya macam barang perhiasan lain’, kata beliau.
Asas yang digunakan itu diketengahkan beliau sebagai dalil kenapa ia tidak perlu diletakkan di bawah KDYMM Tuanku dan Baitul Mal. Sebelum ini Dinar dan Dirham Kelantan digembar-gembur sebagai mata wang syariah oleh pihak tertentu di dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Bahkan YAB Menteri Besar pernah mencadangkan pembayaran gaji kakitangan Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Exco Kerajaan Negeri dibuat menggunakan Dinar Dirham Kelantan.