Wednesday, 24 December 2014

FENOMENA 'FULL MOON' PUNCA BANJIR LUARBIASA DI PANTAI TIMUR


KUALA LUMPUR – Fenomena ‘full moon’ iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang merupakan antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini. 

HELIKOPTER DIGUNAKAN UNTUK SELAMATKAN MANGSA BANJIR DI KUALA KRAI


KUALA KRAI : Lima ratus mangsa banjir terperangkap di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai di sini, selepas kawasan pusat pemindahan sementara (PPS) itu dinaiki air sehingga tingkat tiga bangunan berkenaan sejak pagi tadi.

JRTB GERIK - JELI RUNTUH, LORI JATUH GAUNG


GERIK : Laluan di KM 63 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa dekat sini yang mengalami runtuhan sejak malam tadi masih ditutup buat semua kenderaan.

AIR SUNGAI KELANTAN MELIMPAH


KOTA BHARU - Air Sungai Kelantan melimpah dan mula membanjiri kawasan rendah di bandar ini sejak awal pagi dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

PDRM KELANTAN NAFI ISYTIHAR DARURAT BANJIR


KOTA BHARU - Setakat jam 12.30 tengah hari, hari ini, polis Kelantan menafikan pengisytiharan darurat ekoran bencana banjir yang melanda negeri ini.

LUKISAN MURAL GERGASI WAJAH CHIN PENG TIMBULKAN KEMARAHAN ORANG RAMAI


Sekali pandang, mungkin ramai tidak perasan dengan lukisan mural wajah seorang lelaki tua di salah satu bangunan di Bandaraya Ipoh ini adalah merupakan lukisan wajah ketua Komunis yang diharamkan di negara ini.

AWAS ! OMBAK BESAR SEAKAN TSUNAMI DI KAMPUNG RUSILA TERENGGANU


Mengikut maklumat yang diterima, ombak besar setinggi 4 meter melanda kawasan tepi pantai di Kampung Rusila Terengganu sehingga menimbulkan ketakutan pada penduduk berhampiran.