Neelofa adalah seorang selebriti yang berasal dari Kelantan. Pastinya selaku orang Kelantan, Neelofa turut sama bersedih dengan bencana banjir yang sedang melanda negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Tambah menyedihkan ialah apabila Neelofa berkongsi gambar rumah neneknya di Kelantan yang turut sama ditenggelami banjir.
Showing posts with label BANJIR. Show all posts
Showing posts with label BANJIR. Show all posts
Friday, 26 December 2014
PERDANA MENTERI TAMATKAN PERCUTIAN DAN BERGEGAS PULANG KE TANAHAIR

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil keputusan untuk menamatkan cuti di luar negara dan akan bergegas terus ke Kelantan sebaik tiba di tanah air.
Wednesday, 24 December 2014
AIR SUNGAI KELANTAN MELIMPAH

KOTA BHARU - Air Sungai Kelantan melimpah dan mula membanjiri kawasan rendah di bandar ini sejak awal pagi dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.
PDRM KELANTAN NAFI ISYTIHAR DARURAT BANJIR

KOTA BHARU - Setakat jam 12.30 tengah hari, hari ini, polis Kelantan menafikan pengisytiharan darurat ekoran bencana banjir yang melanda negeri ini.
Tuesday, 23 December 2014
JKM GUNA HELIKOPTER HANTAR BEKALAN MAKANAN UNTUK MANGSA BANJIR GUA MUSANG DAN JELI
KOTA BHARU 23 Dis - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan menggunakan sebuah helikopter untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di jajahan Gua Musang dan Jeli berikutan kesukaran menggunakan laluan darat.
Thursday, 20 November 2014
MANGSA KEDUA BANJIR DI TERENGGANU LEMAS DALAM KERETA TERBABAS

Banjir di Terengganu meragut nyawa kedua apabila seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas sebelum terperangkap dalam parit yang dipenuhi air dalam kejadian di Kilometer 82.4 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (Kampung Bintang), di Permaisuri, pagi tadi.
Thursday, 6 November 2014
SEORANG MAUT, REMAJA HILANG : CAMERON HIGHLANDS DILANDA BANJIR LUMPUR
.jpg)
KUALA LUMPUR : Seorang dilaporkan maut manakala seorang lagi hilang dalam kejadian banjir lumpur yang melanda Cameron Highlands, Pahang petang Rabu.
Wednesday, 1 October 2014
IBUKOTA KUALA LUMPUR DILANDA BANJIR
| Kenderaan ditenggelami banjir kilat di Jalan Kia Peng. Gambar ihsan pembaca mStar Online |
PETALING JAYA : Ibu negara dilandar banjir kilat lagi berikutan hujan lebat beberapa jam lalu hingga mengakibatkan ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan di beberapa jalan raya utama di sekitar Kuala Lumpur.
Saturday, 3 March 2012
BANJIR..
36 Orang Dari Tiga Kampung Di Teluk Intan Dipindahkan Akibat Banjir
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang ketika dihubungi berkata semua mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Ayer Hitam sejak awal pagi tadi berikutan air naik sedalam 0.5 meter akibat limpahan Sungai Bidor.
Kampung terlibat ialah Kampung Ayer Hitam, Kampung Tengah dan Kampung SC.
Beliau berkata anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam turut membantu memindahkan mangsa terlibat.
Katanya seramai 200 orang daripada 76 keluarga terjejas akibat banjir semalam, bagaimanapun hanya 36 orang daripada 10 keluarga sahaja dipindahkan.
– BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)