Showing posts with label TSUNAMI. Show all posts
Showing posts with label TSUNAMI. Show all posts

Wednesday, 24 December 2014

AWAS ! OMBAK BESAR SEAKAN TSUNAMI DI KAMPUNG RUSILA TERENGGANU


Mengikut maklumat yang diterima, ombak besar setinggi 4 meter melanda kawasan tepi pantai di Kampung Rusila Terengganu sehingga menimbulkan ketakutan pada penduduk berhampiran.

Wednesday, 26 September 2012

TSUNAMI 2004 MUNCULKAN 27 PULAU BARU DI ACEH


      

 

BANDA ACEH : Sebanyak 27 pulau baru muncul di perairan laut Simeulue, Aceh, selepas wilayah itu dilanda gempa bumi dan tsunami pada Disember 2004.

Selepas hampir lapan tahun, kini ada tanda wujud hidupan di pulau berkenaan.

Pegawai daerah Simeulue, Hasrul Edyar, mengesahkan penemuan itu.

Katanya, kemunculan pulau baru itu dikesan hasil kajian bersama tentera laut, jabatan perikanan serta beberapa agensi lain pada 2008.

“Sebelum ini jumlah pulau kecil di perairan itu cuma 41 tetapi kini meningkat kepada 68 pulau,” katanya. Antara kesan kehidupan ditemui di situ, kata Hasrul, ialah rumput dan pokok liar. “Sebahagian besar kawasan itu masih tandus,” katanya. - Republika

Tuesday, 24 July 2012

WANITA MALAYSIA ANTARA YANG DITAHAN TERLIBAT PENIPUAN TSUNAMI




SEOUL  - Polis Korea Selatan menahan seorang wanita Indonesia dan meminta Interpol menahan tiga suspek lain iaitu seorang wanita rakyat Malaysia, Nigeria dan lelaki dipercayai warga Amerika Syarikat kerana terlibat dalam penipuan melibatkan bencana gempa bumi dan tsunami Jepun Mac tahun lalu.

Wanita Malaysia berusia 33 tahun itu dilaporkan menghantar satu e-mel kepada seorang lelaki Korea Selatan pada tahun lalu melalui laman penpal, mendakwa dia bekerja dengan sebuah bank di negaranya.

Menurut wanita itu, seorang pelanggan Jepun dengan jumlah deposit sebanyak AS$4.2 juta (RM13.3 juta) dalam akaun bank tempatnya bekerja, telah terbunuh dalam bencana gempa bumi dan tsunami bersama kesemua ahli keluarganya.

Wanita tersebut mencadangkan supaya lelaki Korea Selatan itu menuntut wang berkenaan dengan menyamar sebagai waris mangsa dan berkongsi wang dengannya.

Polis berkata, wanita Malaysia itu memperoleh AS$96,000 (RM304,512) daripada lelaki Korea tersebut selepas menyatakan duit itu diperlukan untuk memalsukan dokumen.

Namun, lelaki Korea itu tidak sabar dengan proses pengurusan yang lambat dan bertindak membuat laporan polis pada April lalu.

Lelaki itu menjemput rakannya iaitu seorang wanita Indonesia yang berusia 33 tahun untuk ke Seoul dengan janji mendapatkan lebih banyak wang dan polis menahan wanita itu pada 4 Julai lalu.

"Ini adalah penahanan pertama melibatkan penipuan yang mengambil kesempatan ke atas bencana tsunami Jepun, tetapi kami mula menerima banyak laporan mengenai cubaan sama sejak penahanan itu," kata polis penyiasat, Kim Gyoung-he. - AFP