Showing posts with label PERDANA MENTERI MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label PERDANA MENTERI MALAYSIA. Show all posts

Sunday, 23 September 2012

PM AJAK RAKYAT BINCANG BAJET 2013 MENERUSI SESSI #TanyaNajib



KUALA LUMPUR  - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua rakyat termasuk warga asing yang tinggal di Malaysia menyertai sesi #TanyaNajib kali kedua pada 3 Oktober depan bermula 9 malam sempena pembentangan Bajet 2013, 28 September ini.

Monday, 10 September 2012

BUKAN MELAYU JADI PM PERTAMA MALAYSIA JIKA PR MENANG PRU 13....???



Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad berkata Malaysia bakal menyaksikan Perdana Menteri bukan Melayu yang pertama jika Pakatan Rakyat (PR) menang dalam Pilihan Raya ke-13 (PRU13) nanti.

Katanya PR tidak mempunyai formula yang mantap dalam memastikan orang Melayu terus mentadbir negara selain sistem yang akan digunapakai gabungan itu masih samar.

“Pertama sekali kita harus faham, di dalam Pakatan Rakyat (PR) tiada ada satu formula yang jelas mengenai pakatan mereka.

“Tidak ada jaminan dalam PR kerana tiada formula yang mantap bahawa orang Melayu akan terus berkuasa walaupun mereka diangkat menjadi PM,” katanya kepada Antarapos dalam satu wawancara eksklusif di kediamannya, baru-baru ini.

Pendapat Nakhaie hampir sama dengan pendapat Terence Netto, kolumnis Malaysiakini yang meramalkan bukan Islam bakal menjadi PM pertama, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan berpengalaman selama hampir empat dekad itu membuat ramalan itu berdasarkan intipati ucapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam program tetamu khas program makan malam Kelab Wartawan Asing Malaysia (Foreign Correspondents Club of Malaysia – FCCM), 5 Jun.

Ketika menulis artikel bertajuk ‘Anwar’s successor and the non-Malay PM ‘ Netto berkata kemungkinan itu ada kerana Anwar berpegang kepada falsafah Tocqueville (Alexis de Tocqueville) yang bertunjangkan kesaksamaan kepada rakyat.

Dalam program FCCM itu kata Netto, Anwar memetik merit demokrasi di Amerika Syarikat (AS) berdasarkan pandangan ahli falsafah Perancis, Tocqueville, yang menulis buku pada tahun 1835 selepas sembilan bulan melihat perkembangan demokrasi di AS.

Anwar berkata beliau sering mencadangkan buku Tocqueville dijadikan kitab rujukan kepada kumpulan muda pemimpin dalam PKR, untuk kemajuan rohani mereka.

Menurut Netto, jika Anwar dan pengikut-pengikutnya berfahaman Tocqueville tentang kesaksamaan itu, maka, bukan menjadi halangan kepada bukan Melayu/Islam bakal menjadi PM Malaysia pada masa akan datang.

Sebelum itu, Netto melaporkan ketika dalam program FCCM, Anwar telah ditanya tentang siapakah pengganti beliau selepas PR berjaya menawan Putrajaya.

Pertanyaan itu wajar, kata Netto memandangkan usia Anwar bakal mencecah 65, walaupun kini Anwar masih sihat, namun pada masa akan datang, usia lelaki selepas 65 tahun, kesihatannya sukar diramal.

Katanya, Anwar kini menjadi penyatu di antara kedua parti ekstrim, DAP yang mendokong prinsip sekular dengan PAS yang mendokong prinsip Islam.

Manakala Anwar pula menurut Netto berada di tengah-tengah kedua prinsip itu iaitu Islam dan Demokrasi yang merupakan prinsip baru selepas Fasisme & Demokrasi dan Komunisme & Demokrasi.

Islam kini menjadi target utama Barat, selepas Fasisme & Komunisme berjaya diliberalkan dengan senjata demokrasi. - AIDC

Sunday, 8 July 2012

KEBOCORAN DOKUMEN SULIT KERAJAAN... SALAH SIAPA

Hari ini, teman amat tertarik dengan tulisan dari blog SANGGAHTOKJANGGUT .... entry bertarikh 7/7/2012.  


Bukan sahaja di blog-blog puak PR serangan demi serangan cuba di lancarkan...tetapi juga di status-status group di facebook. Ada sahaja isu-isu yang diperhangatkan oleh mereka....


Berikut dipaparkan tulisan tersebut.......



SIAPA KONDUKTOR YANG MENGOKESTRAKAN ISU PEMBANGKANG?


Najib sedang diserang dari dalam..
SIAPA sebenarnya yang menjadi konduktor untuk mengokestrakan isu terutamanya yang membabitkan Perdana Menteri Najib dan isteri beliau Rosmah Mansor hingga sehingga ke hari ini Najib dan isterinya dijadikan sasaran serangan bertubi-tubi daripada pihak pembangkang.

Serangan terhadap Najib, keluarganya serta kepimpinan beliau dilihat begitu tersusun rapi dan sebagai contoh isu lama seperti Scorpene, kematian Alatantunya dan mengaitkan kononnya Rosmah sebagai Perdana Menteri terus dicanangkan.

Pemerhati politik tempatan melihat bahawa ada konduktor sebenarnya yang menjadi perancang kepada segalanya ini malah bukan sahaja isu Scorpene yang sedang hangat diputarbelitkan oleh pembangkang, kebocoran maklumat juga menjadi begitu tidak terkawal sejak akhir-akhir ini malah terbaru pemerhati politik dan rakyat mula berteka teki bagaimana Minit Mesyuarat Pelaksanaan projek MRT boleh jatuh ke tangan pembangkang.

Berbagai-bagai tekanan sedang diberikan terhadap Najib dan kepimpinannya. Berbagai-bagai serangan peribadi sedang dihalakan kepada beliau seolah-olah mahu Najib mengaku kalah.

Rakyat dibawah menjadi hairan bagaimana dokumen itu boleh berada ditangan Rafizi Ramli dan didedahkan oleh bloger AnakSungaiDerhaka tapi kita percaya kepada kecekapan polis yang pasti akan berjaya membawa tali barut ini ke muka pengadilan. Dan kita sedang menunggu siapa dalangnya?

Itu yang paling baru, sebelum ini bocor juga satu Minit Mesyuarat berkaitan FELDA terutamanya membabitkan penyenaraian Felda Global Venture Holding hingga otak para peneroka ada yang berjaya diputarsongsang oleh pembangkang.

Mangkuk ayun ini dapat Minit MRT ini dari mana?
Kebocoran maklumat sebegini tidak harus dipandang ringan dan sesiapa sahaja, tidak kira siapa yang terlibat harus dihadapkan di muka pengadilan dan diberikan hukuman setimpal seandainya terbukti mereka menjual maklumat dan hidup kaya raya, bermewahan hingga mampu membina rumah berharga jutaan ringgit(khabarnya ada lift).

Pembocoran maklumat dalaman yang diklasfikasikan dibawah Akta Rahsia Rasmi membuatkan pihak polis menubuh pasukan untuk menyiasat bagi mencari dalang sehingga pembangkang memperolehi segala dokumen-dikumen itu dan polis sudahpun mula menyiasat siapa konduktor tersebut.

Kita juga menjadi hairan bagaimana senarai keanggotaan petugas untuk Ops 2020 (sebelum ini saya sebut Ops Kampus) boleh jatuh ke tangan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dan kerana kebocoran maklumat tersebut Ops ini dihentikan dan Bilek gerakan diarahkan agar ditutup.Siapa atau agensi mana yang mencatat Minit Mesyuarat Sekretariat itu yang diPengerusikan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia,Razali Ibrahim?

Siapa yang dedahkan maklumat ini kepada SUA PKR?
Kita juga hairan bagaimana SUA PKR ini dengan segala pembuktian melalui dokumen seperti laporan perubatan Psurawi dibenarkan sewenang-wenangnya menghina mahkamah sedangkan ketika itu sedang berlangsung perbicaraan Anwar Ibrahim. Adakah Saifuddin juga kebal dari tindakan polis ataupun tindakan undang-undang  sepertimana kebalnya Anwar dan siapa yang melindungi beliau?Betulkah ada yang mengarahkan pihak polis supaya tidak menangkap SUA PKR itu? Siapa yang mengarahkannya?

Adakah Najib membela biawak hidup di sekelilingnya?Adakah Najib bersetuju pada perlantikan yang salah pegawai-pegawai yang sepatutnya membantu beliau mengukuhkan parti dan kerajaan? Gerakan pembangkang menjadi semakin kuat apabila pendedahan-pendedahan maklumat sebegini jatuh ke tangan mereka dan Anwar terus beraja di mata, bersultan di hati walaupun selayaknya beliau tidak harus lagi mendapat tempat walau seinci pun di negara ini.

Adakah kebocoran maklumat ini datang dari Pejabat Perdana Menteri? Datang dari Biro Tata Negara atau Majlis Keselamatan Negara ataupun JASA? Kita bukan mahu prejudis tetapi bila melihat kebocoran maklumat berlaku, kita merasakan ada yang tidak kena dan kalau ini dianggap ringan pasti pihak Polis tidak menubuhkan Pasukan Khas Siasatan yang di ketuai oleh Dato Hadi Ho Abdullah, Timbalan ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Isu Scorpene sepatutnya sudah lama mati sepertimana matinya Altantunya dan mahkamah sudahpun memutuskan keputusan yang tidak ada kaitan dengan PM Najib termasuklah Rosmah tetapi pembangkang terus memainkan isu ini dan seolah-olah ada arahan agar isu ini terus didendangkan. Moga saya tidak prejudis ketika menulis tentang ini.

Kerana laporan ini SUA PKR dihalang dari ditangkap polis..















Mahkamah memutuskan dalam kes Altantunya, bukan sahaja Najib, Rosmah pun tidak terlibat baik secara langsung atau tidak langsung tetapi bila berkaitkan Najib, pembangkang seolah-olah tidak mahu menerima dan tetap menganggap Anwar yang keji itu lebih mulia moralnya dari Najib.

Kisah percintaan hingga membawa kepada pertunangan anak PM Najib dan Rosmah juga sedang dimainkan oleh pembangkang di pentas ceramah.Dimana salah Najib dan Rosmah dalam soal anaknya ini dan kalau benar tunang anak Najib itu terlibat dalam kegiatan jenayah, adakah Najib dan Rosmah akan dipersalahkan malah kita percaya kalau benar tunangnya itu seorang penjenayah seperti yang dilaporkan, kita pasti anak Najib dan Rosmah ini akan memutuskan pertunangan tersebut.

Tapi pembangkang mainkan isu ini seolah-oleh menjadikan Najib, Rosmah dan anaknya itu sebagai seoarang penjenayah. Lihatlah betapa jahat, kotor serta kejinyanya pembangkang manipulasikan isu tetapi yang nyata Najib sedang ditikam dari belakang malah apa yang sedang berlaku seolah-olah mahu menamatkan pemerintahan Najib sebagai Perdana menteri dan meruntuhkan keperkasaan UMNO dan Barisan Nasional sebagai pemerintah.

<   SANGGAHTOKJANGGUT  >

Wednesday, 20 June 2012

PM DI ARAB SAUDI DAN TUNAI UMRAH...



1.       Najib Tun Razak sempat bertemu dengan Menteri Pertahanan (Putera Mahkota yang baru) Putera Mahkota, Salman Abdul Aziz ketika memberi penghormatan terakhir kepada Putera Mahkota Nayef Abdul Aziz Al Saud (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi) yang mangkat Sabtu lepas di Jedda, semalam.

2.       Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak, Nor Ashman Razak (dua dari kiri) menunaikan umrah di Masjidil Haram, semalam. Turut kelihatan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri).

Thursday, 14 June 2012

BONGKAR KES ALTANTUYA : ANWAR ARAHKAN FITNAH DIREKA UNTUK JATUHKAN DS NAJIB..!!!



Dewan Rakyat hari ini dikejutkan dengan pendedahan bekas peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Noordin iaitu beliau mengakui pernah diarah Ketua Pembangkang untuk mengada-adakan bukti dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut Zulkifli, Anwar memberi arahan tersebut bagi memastikan kes Altantuya dapat dijadikan modal politik untuk mensabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) selepas menyedari kes tersebut tiada kaitan dengan Ahli Parlimen Pekan itu.

Katanya, selaku peguam bela Anwar pada ketika itu, beliau membuat pelbagai semakan undang-undang untuk mencari bukti bagi mengaitkan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan berkenaan, namun tiada sebarang petunjuk Najib terlibat, tetapi pembangkang cukup galak melempar fitnah.


"Tiada sebesar zarah pun bukti Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dan apabila saya beritahu Anwar, dia marahkan saya. Anwar kata, kalau tiada bukti, kamu kena adakan bukti tersebut, tetapi sebagai peguam yang berprinsip saya tidak mengikut arahan berkenaan.


"Kalau ada bukti sudah lama saya gunakan untuk menyerang Perdana Menteri, tetapi hari ini isu pembelian kapal selam Scorpene ditimbulkan lagi. Apa tujuan mereka timbulkan isu ini, tujuannya tidak lain untuk kembali mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya yang terbukti fitnah.

"Saya peguam Anwar, saya lebih tahu. Mereka mendakwa kononnya ada surat akuan bersumpah yang mengaitkan Najib, semua itu bohong sebagaimana akuan sumpah palsu (diarah Anwar) dalam kes Mohd. Saiful Bukhari Azlan," katanya semasa sesi perbahasan.

Semalam, isu kapal selam Scorpene kembali ditimbulkan oleh Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) dalam sidang Parlimen dan anak kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh itu sekali lagi cuba mengaitkan Perdana Menteri dalam 'skandal' tersebut, selain mendakwa Najib tidak berintegriti.

Dalam pada itu, Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu menempelak Gobind agar terlebih dahulu 'cermin diri sendiri' dengan melihat pendiriannya dan bapanya sebelum menuduh Perdana Menteri tidak berintegriti.

"Kalau beliau lupa, saya suka ingatkan kembali, pada tahun 1997 di dewan inilah Karpal mendedahkan bahawa beliau mempunyai bukti yang Permatang Pauh (Anwar) terlibat dalam aktiviti liwat dan menuntut tindakan tegas kerajaan, tetapi hari ini siapa peguam bela Anwar kalau bukan Karpal," katanya.

Utusan Malaysia

Saturday, 12 May 2012

BEKAS KETUA PENULIS BLOG BARACK OBAMA PUJI PENDEKATAN NAJIB


KUALA LUMPUR: Sam Graham-Felsen, bekas ketua penulis blog Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, memuji langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meraikan rakan internet beliau pada majlis sarapan dan jamuan petang sebagai sebahagian daripada pendekatan baru untuk mendampingi pelbagai kumpulan masyarakat di negara ini. 

Graham-Felsen yang berkhidmat sebagai penulis blog Obama pada pemilihan presiden 2008, berkata Obama juga mengamalkan pendekatan serupa iaitu melalui "Dinner with Barack".

"Majlis makan malam adalah peluang terbaik bagi orang biasa untuk berkongsi pengalaman dengan presiden dan saya rasa (menjadi hos sarapan dan jamuan teh) adalah langkah yang cukup baik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada majlis makan tengah hari bertajuk "Daripada Satu Klik Kepada Satu Gerakan: Bagaimana Media Sosial Mengubah Organisasi Anda dan Dunia" di sini, hari ini. 

Ceramah itu dianjurkan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sempena sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2012. 

Graham-Felsen berkata demikian ketika diminta mengulas majlis sarapan yang dihoskan Najib bagi empat pengikut Twitter beliau di Chawan Restaurant di Bangsar, di sini hari ini. 

Beliau berkata, pertemuan seperti itu juga akan memberi peluang kepada pemimpin untuk mendengar keluhan dan sungutan orang kebanyakan. 
Sementara itu, beliau berkata walaupun pengikut media tradisional mengalami penurunan ketara, imbangan yang mantap antara media tradisional dan media baru perlu ada. 

"Media tradisional masih alat pemujukan penting berbanding media baru, manakala saluran tradisional pula perlu mengguna pakai platform lebih bersifat interaktif untuk membolehkan orang ramai, khususnya golongan belia, menyumbang pandangan mereka," katanya. - BERNAMA