Showing posts with label FITNAH TERHADAP ROSMAH. Show all posts
Showing posts with label FITNAH TERHADAP ROSMAH. Show all posts

Saturday, 25 August 2012

GAMBAR-GAMBAR FITNAH TERHEBAT PUAK-PUAK PAKATAN HARAM JADAH TERHADAP PERDANA MENTERI DS NAJIB...!!!!


Fitnah sememangnya tidak asing lagi di Malaysia, Lagi – lagi bila ia melibatkan isu politik. Fitnah bergambar antara taktik yang digunakan bagi menyampaikan mesej yang tidak benar baik juga untuk mengalih pandangan rakyat terhadap mereka. Blog Shizone dapat beberapa gambar dari internet yang lebih kepada menfitnah Kerajaan Barisan Nasional dengan menggunakan gambar pemimpin dan ahli keluarga pemimpin semata – mata untuk mengedar fahaman / info salah kepada rakyat. Jadi  beliau berkongsi 10 gambar fitnah yang ditaburkan dari pihak pembangkang atau lebih dikenali sebagai Pakatan Pembangkang.

Gambar Pertama :
Gambar DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI diedit seakan memberi ucapan di Israel.

Gambar Kedua :
Datin Seri Rosmah Mansor dituduh mengawal segala tindakan Perdana Menteri.

Gambar ketiga :
Datuk Seri Najib dituduh menjamu selera dengan Mendiang Altanyuya dan Razak baginda. Walaubagaimanapun gambar ini dibuktikan palsu oleh cybertroopers pro – kerajaan.

Gambar Keempat :


Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dituduh meminum arak dikhayalak orang ramai namun apa yang diminum adalah Arak halal tanpa alcohol yang dilabelkan “selamat” diminum oleh yang beragama islam.

Kelima:
Datuk Sri Najib juga dituduh membenarkan disapu “thilak” (abu suji hindu) namun gambar ini telah dibuktikan palsu kerana gambar ini sebenarnya diambil di India sewaktu seorang menteri india melawat kawasan terbabit.

Keenam:
Gambar banner Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak yang ditelahkan di Batu Caves 2 tahun lepas menjadi isu kerana banner tersebut dikatan lebih tinggi dari Patung Dewa Murugan. Kehadiran banner tersebut dalam kawasan batu caves memang tidak dinafikan tetapi ia bukanlah lebih tinggi dari Patung dewa tersebut. Ini kerana posisi kamera sewaktu mengambil gambar ini menyebabkan banner Dato’ Seri Najib nampak lebih besar.
Ketujuh :
Tambahan gambar beliau diedit lagi seakan membuat “pooja” di India. Dibukti palsu apabila kepala PM dicrop dan digantikan dengan gambar lain

Kelapan :
Caption seperti diatas
Kesembilan :
Dato Seri Najib dituduh memasuki kuil hindu di batu caves. Blogger Dhanyaraam membongkarkan bahawa PM Najib hanya masuk ke pejabat Pengurusan batu Caves yang bukan terletak dalam kuil hindu sepertimana di Fitnah.

Kesepuluh :
Gambar ini sememangnya power giler dengan menuduh Datin Seri Rosmah lebih power daripada Perdana Menteri Malaysia. Akan tetapi beberapa blogger pro – kerajaan telah membuktikan bahawa gambar ini palsu 100% akan beberapa elemen seperti kaki pegawai bengok, tangan Datin Seri Rosmah kecil, topi diatas kepala Datin Seri Rosmah.

Teman tambah,

Kesebelas :
Beberapa bulan  yang lalu pulak teman dapat gambar ni melalui laman Facebook.... gambar yang diedit dengan begitu biadap dan kurang ajar!!! Teman sempat print screen gambar tersebut bersama nama facebookers yg memaparkannya.... ANDA NILAILAH SENDIRI BETAPA CELAKANYA CYBERTROOPERS2 PUAK PAKATAN HARAM JADAH NI...!!!



Sunday, 8 July 2012

KEBOCORAN DOKUMEN SULIT KERAJAAN... SALAH SIAPA

Hari ini, teman amat tertarik dengan tulisan dari blog SANGGAHTOKJANGGUT .... entry bertarikh 7/7/2012.  


Bukan sahaja di blog-blog puak PR serangan demi serangan cuba di lancarkan...tetapi juga di status-status group di facebook. Ada sahaja isu-isu yang diperhangatkan oleh mereka....


Berikut dipaparkan tulisan tersebut.......



SIAPA KONDUKTOR YANG MENGOKESTRAKAN ISU PEMBANGKANG?


Najib sedang diserang dari dalam..
SIAPA sebenarnya yang menjadi konduktor untuk mengokestrakan isu terutamanya yang membabitkan Perdana Menteri Najib dan isteri beliau Rosmah Mansor hingga sehingga ke hari ini Najib dan isterinya dijadikan sasaran serangan bertubi-tubi daripada pihak pembangkang.

Serangan terhadap Najib, keluarganya serta kepimpinan beliau dilihat begitu tersusun rapi dan sebagai contoh isu lama seperti Scorpene, kematian Alatantunya dan mengaitkan kononnya Rosmah sebagai Perdana Menteri terus dicanangkan.

Pemerhati politik tempatan melihat bahawa ada konduktor sebenarnya yang menjadi perancang kepada segalanya ini malah bukan sahaja isu Scorpene yang sedang hangat diputarbelitkan oleh pembangkang, kebocoran maklumat juga menjadi begitu tidak terkawal sejak akhir-akhir ini malah terbaru pemerhati politik dan rakyat mula berteka teki bagaimana Minit Mesyuarat Pelaksanaan projek MRT boleh jatuh ke tangan pembangkang.

Berbagai-bagai tekanan sedang diberikan terhadap Najib dan kepimpinannya. Berbagai-bagai serangan peribadi sedang dihalakan kepada beliau seolah-olah mahu Najib mengaku kalah.

Rakyat dibawah menjadi hairan bagaimana dokumen itu boleh berada ditangan Rafizi Ramli dan didedahkan oleh bloger AnakSungaiDerhaka tapi kita percaya kepada kecekapan polis yang pasti akan berjaya membawa tali barut ini ke muka pengadilan. Dan kita sedang menunggu siapa dalangnya?

Itu yang paling baru, sebelum ini bocor juga satu Minit Mesyuarat berkaitan FELDA terutamanya membabitkan penyenaraian Felda Global Venture Holding hingga otak para peneroka ada yang berjaya diputarsongsang oleh pembangkang.

Mangkuk ayun ini dapat Minit MRT ini dari mana?
Kebocoran maklumat sebegini tidak harus dipandang ringan dan sesiapa sahaja, tidak kira siapa yang terlibat harus dihadapkan di muka pengadilan dan diberikan hukuman setimpal seandainya terbukti mereka menjual maklumat dan hidup kaya raya, bermewahan hingga mampu membina rumah berharga jutaan ringgit(khabarnya ada lift).

Pembocoran maklumat dalaman yang diklasfikasikan dibawah Akta Rahsia Rasmi membuatkan pihak polis menubuh pasukan untuk menyiasat bagi mencari dalang sehingga pembangkang memperolehi segala dokumen-dikumen itu dan polis sudahpun mula menyiasat siapa konduktor tersebut.

Kita juga menjadi hairan bagaimana senarai keanggotaan petugas untuk Ops 2020 (sebelum ini saya sebut Ops Kampus) boleh jatuh ke tangan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dan kerana kebocoran maklumat tersebut Ops ini dihentikan dan Bilek gerakan diarahkan agar ditutup.Siapa atau agensi mana yang mencatat Minit Mesyuarat Sekretariat itu yang diPengerusikan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia,Razali Ibrahim?

Siapa yang dedahkan maklumat ini kepada SUA PKR?
Kita juga hairan bagaimana SUA PKR ini dengan segala pembuktian melalui dokumen seperti laporan perubatan Psurawi dibenarkan sewenang-wenangnya menghina mahkamah sedangkan ketika itu sedang berlangsung perbicaraan Anwar Ibrahim. Adakah Saifuddin juga kebal dari tindakan polis ataupun tindakan undang-undang  sepertimana kebalnya Anwar dan siapa yang melindungi beliau?Betulkah ada yang mengarahkan pihak polis supaya tidak menangkap SUA PKR itu? Siapa yang mengarahkannya?

Adakah Najib membela biawak hidup di sekelilingnya?Adakah Najib bersetuju pada perlantikan yang salah pegawai-pegawai yang sepatutnya membantu beliau mengukuhkan parti dan kerajaan? Gerakan pembangkang menjadi semakin kuat apabila pendedahan-pendedahan maklumat sebegini jatuh ke tangan mereka dan Anwar terus beraja di mata, bersultan di hati walaupun selayaknya beliau tidak harus lagi mendapat tempat walau seinci pun di negara ini.

Adakah kebocoran maklumat ini datang dari Pejabat Perdana Menteri? Datang dari Biro Tata Negara atau Majlis Keselamatan Negara ataupun JASA? Kita bukan mahu prejudis tetapi bila melihat kebocoran maklumat berlaku, kita merasakan ada yang tidak kena dan kalau ini dianggap ringan pasti pihak Polis tidak menubuhkan Pasukan Khas Siasatan yang di ketuai oleh Dato Hadi Ho Abdullah, Timbalan ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Isu Scorpene sepatutnya sudah lama mati sepertimana matinya Altantunya dan mahkamah sudahpun memutuskan keputusan yang tidak ada kaitan dengan PM Najib termasuklah Rosmah tetapi pembangkang terus memainkan isu ini dan seolah-olah ada arahan agar isu ini terus didendangkan. Moga saya tidak prejudis ketika menulis tentang ini.

Kerana laporan ini SUA PKR dihalang dari ditangkap polis..















Mahkamah memutuskan dalam kes Altantunya, bukan sahaja Najib, Rosmah pun tidak terlibat baik secara langsung atau tidak langsung tetapi bila berkaitkan Najib, pembangkang seolah-olah tidak mahu menerima dan tetap menganggap Anwar yang keji itu lebih mulia moralnya dari Najib.

Kisah percintaan hingga membawa kepada pertunangan anak PM Najib dan Rosmah juga sedang dimainkan oleh pembangkang di pentas ceramah.Dimana salah Najib dan Rosmah dalam soal anaknya ini dan kalau benar tunang anak Najib itu terlibat dalam kegiatan jenayah, adakah Najib dan Rosmah akan dipersalahkan malah kita percaya kalau benar tunangnya itu seorang penjenayah seperti yang dilaporkan, kita pasti anak Najib dan Rosmah ini akan memutuskan pertunangan tersebut.

Tapi pembangkang mainkan isu ini seolah-oleh menjadikan Najib, Rosmah dan anaknya itu sebagai seoarang penjenayah. Lihatlah betapa jahat, kotor serta kejinyanya pembangkang manipulasikan isu tetapi yang nyata Najib sedang ditikam dari belakang malah apa yang sedang berlaku seolah-olah mahu menamatkan pemerintahan Najib sebagai Perdana menteri dan meruntuhkan keperkasaan UMNO dan Barisan Nasional sebagai pemerintah.

<   SANGGAHTOKJANGGUT  >

Thursday, 26 January 2012

FITNAH ISTERI PM : PEMBANGKANG MUFLIS MODAL....SELEPAS KANTOI...KANTOI LAGI....!!!

Salah satu dari teknik propaganda yang terkenal adalah card stacking atau dalam bahasa mudahnya pemilihan fakta. Maknanya yang buat propaganda itu tidak terang semua, tetapi memilih yang mana sesuai untuk dijadikan bahan bagi balun subjek yang dijadikan sasaran.
Macam itulah gayanya portal dan blog pembangkang buat kempen memburukkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Nak balun PM tidak ada isu, hendak lawan kehebatan kerja tak terdaya, nak bersaing cara 'jantan' tidak mampu, makanya guna pintu belakang. Mencampur-adukkan fakta dan realiti serta dibesar-besarkan oleh kilang fitnah yang berkerja 24 jam sehari.
Kisah Rosmah berbelanja sakan kat luar negara ini bukan propaganda baru, sudah berkali-kali pembangkang cuba dengan berbagai cara dan seringkali gagal bila maklumat demi maklumat diperolehi kemudiannya.
Macam cerita cincin RM24 juta, serta kisah Rosmah dan anak perempuanya shoping sakan semasa ikut rombongan PM ke Australia semasa Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel tahun lepas.
Kedua-duanya cerita tersebut 'mati' selepas informasi sebenar didedahkan, antaranya tak ada anak perempuan PM yang ikut ke Australia masa itu.
Memang akhbar asing yang lapor itu minta maaf, tapi apakah 'damage" yang terlekat pada Rosmah berikutan fitnah itu hilang? sudah tentu tidak.
Pembangkang menggunakan medianya untuk menyebar pembohongan dengan melaporkan fakta-faktar terpilih dan memburukkan pemimpin kerajaan.
Tapi biar pembohongan mereka didedahkan, dengan 'selamba mat enon' mereka ubah ke isu lain pulak, dengan pembohongan yang lain pulak.
Pada Rabu, pereka fesyen Sydney, Carl Kapp terpaksa buat satu kenyataan media bagi menjawab pembohongan pembangkang dalam kisah Rosmah berbelanja lebih kurang RM325,000 di butik milik beliau dalam satu lawatan peribadi bulan lalu.
Modus operandinya sama, akhbar Sydney Morning Herald dalam satu kolum gosipnya siar tulisan Andrew Hornery yang memetik sumber dari blog frockwriter.com.
Berita itu tidak disahkan oleh sesiapa, gosip saja, kemudian diangkat dan dilambung oleh portal pro pembangkang kat Malaysia. Berita semacam itu disensasikan dan komen-komen pemimpin pembangkang diminta.
Sementara blog, FB, twitter milik penyokong pembangkang tolong sebar cerita tak belum disahkan itu dan akhirnya bila ramai orang bercakap, maka empunya badan terpaksa membuat penjelasan.
Bila buat penjelasan dan disiarkan oleh media arus perdana, terpaksa buat background story, maka tersebarkan cerita yang 'Rosmah nafi belanja mewah.'
Sedangkan menurut pemilik butik, Rosmah datang ke kedainya secara rombongan dan membeli belah untuk Festival Fesyen Islam yang mana Rosmah merupakan penaungnya.
"Saya tidak pernah saya membuat apa-apa rujukan khusus kepada jumlah yang dibelanjakan di kedai saya.
"Pihak Datin Seri Rosmah datang ke kedai kami dalam kumpulan yang agak besar, dan semasa lawatan mereka, ahli-ahli parti, termasuk rakan-rakan dan pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islam telah membuat pelbagai pembelian.
"Saya percaya Datin Seri Rosmah adalah penaung bagi Festival Fesyen in Islam," katanya.
Rosmah pada Isnin berkata beliau menjadi mangsa dakwaan beliau berbelanja boros tersebut  "liar dibesar-besarkan,".
"Sila berlaku adil kepada saya," kata Rosmah.
Kapp menafikan bahawa mendedahkan jumlah yang dibelanjakan pelanggannya, seperti yang telah dinyatakan dalam blog fesyen Frockwriter dan kolum 'Private Sydney' kelolaan Andrew Hornery dalam akhbar Sydney Morning Herald.
kapps-statement"Saya ingin menjelaskan bahawa dalam kenyataan saya mengenai kunjungan pelanggan kehormat tersebut, saya tidak pernah membuat apa-apa rujukan khusus kepada jumlah yang dibelanjakan di kedai saya," kata pereka fesyen tersebut.
Kapp, juga menafikan laporan konon beliau akan diterbangkan ke Malaysia semata-mata untuk faedah Rosmah.
"Ini juga tidak tepat. Lawatan ke bahagian-bahagian Asia, termasuk Malaysia, bagi tujuan pemasaran saluran untuk barangan dan mendapatkan bahan-bahan untuk produk akan datang sebahagian tetap kalendar kerja saya dan dalam urusan perniagaan biasa.
"Ia adalah pandangan kami bahawa barang itu telah tidak adil diberi gambaran bahawa penubuhan Carl Kapp tidak berhati-hati dan bersedia untuk mendedahkan maklumat peribadi dan swasta tentang pelanggan kami," tambah beliau.
Walaupun isu ini boleh dikira selesai dengan kenyataan pemilik butik sendiri. Tapi percayalah, dua tiga hari lagi, pembangkang akan main isu ini dari sudut lain pulak, dan jentera pembohongan yang bekerja 24jam akan sebarkan.
Motifnya, hendak lawan kehebatan kerja PM dan Barisan Nasional tidak mampu, pembangkang tidak boleh tawarkan apa-apa kepada rakyat. Kecuali membuat isu memburukkan PM, UMNO, BN dan kilang-kilang fitnahnya akan bekerja keras untuk menyebar-luaskan 'dosa' tersebut.
rosmah-capp513