Monday 10 September 2012

BUKAN MELAYU JADI PM PERTAMA MALAYSIA JIKA PR MENANG PRU 13....???



Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad berkata Malaysia bakal menyaksikan Perdana Menteri bukan Melayu yang pertama jika Pakatan Rakyat (PR) menang dalam Pilihan Raya ke-13 (PRU13) nanti.

Katanya PR tidak mempunyai formula yang mantap dalam memastikan orang Melayu terus mentadbir negara selain sistem yang akan digunapakai gabungan itu masih samar.

“Pertama sekali kita harus faham, di dalam Pakatan Rakyat (PR) tiada ada satu formula yang jelas mengenai pakatan mereka.

“Tidak ada jaminan dalam PR kerana tiada formula yang mantap bahawa orang Melayu akan terus berkuasa walaupun mereka diangkat menjadi PM,” katanya kepada Antarapos dalam satu wawancara eksklusif di kediamannya, baru-baru ini.

Pendapat Nakhaie hampir sama dengan pendapat Terence Netto, kolumnis Malaysiakini yang meramalkan bukan Islam bakal menjadi PM pertama, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan berpengalaman selama hampir empat dekad itu membuat ramalan itu berdasarkan intipati ucapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam program tetamu khas program makan malam Kelab Wartawan Asing Malaysia (Foreign Correspondents Club of Malaysia – FCCM), 5 Jun.

Ketika menulis artikel bertajuk ‘Anwar’s successor and the non-Malay PM ‘ Netto berkata kemungkinan itu ada kerana Anwar berpegang kepada falsafah Tocqueville (Alexis de Tocqueville) yang bertunjangkan kesaksamaan kepada rakyat.

Dalam program FCCM itu kata Netto, Anwar memetik merit demokrasi di Amerika Syarikat (AS) berdasarkan pandangan ahli falsafah Perancis, Tocqueville, yang menulis buku pada tahun 1835 selepas sembilan bulan melihat perkembangan demokrasi di AS.

Anwar berkata beliau sering mencadangkan buku Tocqueville dijadikan kitab rujukan kepada kumpulan muda pemimpin dalam PKR, untuk kemajuan rohani mereka.

Menurut Netto, jika Anwar dan pengikut-pengikutnya berfahaman Tocqueville tentang kesaksamaan itu, maka, bukan menjadi halangan kepada bukan Melayu/Islam bakal menjadi PM Malaysia pada masa akan datang.

Sebelum itu, Netto melaporkan ketika dalam program FCCM, Anwar telah ditanya tentang siapakah pengganti beliau selepas PR berjaya menawan Putrajaya.

Pertanyaan itu wajar, kata Netto memandangkan usia Anwar bakal mencecah 65, walaupun kini Anwar masih sihat, namun pada masa akan datang, usia lelaki selepas 65 tahun, kesihatannya sukar diramal.

Katanya, Anwar kini menjadi penyatu di antara kedua parti ekstrim, DAP yang mendokong prinsip sekular dengan PAS yang mendokong prinsip Islam.

Manakala Anwar pula menurut Netto berada di tengah-tengah kedua prinsip itu iaitu Islam dan Demokrasi yang merupakan prinsip baru selepas Fasisme & Demokrasi dan Komunisme & Demokrasi.

Islam kini menjadi target utama Barat, selepas Fasisme & Komunisme berjaya diliberalkan dengan senjata demokrasi. - AIDC

No comments: