Bukan sahaja di blog-blog puak PR serangan demi serangan cuba di lancarkan...tetapi juga di status-status group di facebook. Ada sahaja isu-isu yang diperhangatkan oleh mereka....
Berikut dipaparkan tulisan tersebut.......
SIAPA KONDUKTOR YANG MENGOKESTRAKAN ISU PEMBANGKANG?
Najib sedang diserang dari dalam.. |
SIAPA sebenarnya yang menjadi konduktor untuk mengokestrakan isu terutamanya yang membabitkan Perdana Menteri Najib dan isteri beliau Rosmah Mansor hingga sehingga ke hari ini Najib dan isterinya dijadikan sasaran serangan bertubi-tubi daripada pihak pembangkang.
Serangan terhadap Najib, keluarganya serta kepimpinan beliau dilihat begitu tersusun rapi dan sebagai contoh isu lama seperti Scorpene, kematian Alatantunya dan mengaitkan kononnya Rosmah sebagai Perdana Menteri terus dicanangkan.
Pemerhati politik tempatan melihat bahawa ada konduktor sebenarnya yang menjadi perancang kepada segalanya ini malah bukan sahaja isu Scorpene yang sedang hangat diputarbelitkan oleh pembangkang, kebocoran maklumat juga menjadi begitu tidak terkawal sejak akhir-akhir ini malah terbaru pemerhati politik dan rakyat mula berteka teki bagaimana Minit Mesyuarat Pelaksanaan projek MRT boleh jatuh ke tangan pembangkang.
Berbagai-bagai tekanan sedang diberikan terhadap Najib dan kepimpinannya. Berbagai-bagai serangan peribadi sedang dihalakan kepada beliau seolah-olah mahu Najib mengaku kalah.
Rakyat dibawah menjadi hairan bagaimana dokumen itu boleh berada ditangan Rafizi Ramli dan didedahkan oleh bloger AnakSungaiDerhaka tapi kita percaya kepada kecekapan polis yang pasti akan berjaya membawa tali barut ini ke muka pengadilan. Dan kita sedang menunggu siapa dalangnya?
Itu yang paling baru, sebelum ini bocor juga satu Minit Mesyuarat berkaitan FELDA terutamanya membabitkan penyenaraian Felda Global Venture Holding hingga otak para peneroka ada yang berjaya diputarsongsang oleh pembangkang.
Mangkuk ayun ini dapat Minit MRT ini dari mana? |
Kebocoran maklumat sebegini tidak harus dipandang ringan dan sesiapa sahaja, tidak kira siapa yang terlibat harus dihadapkan di muka pengadilan dan diberikan hukuman setimpal seandainya terbukti mereka menjual maklumat dan hidup kaya raya, bermewahan hingga mampu membina rumah berharga jutaan ringgit(khabarnya ada lift).
Pembocoran maklumat dalaman yang diklasfikasikan dibawah Akta Rahsia Rasmi membuatkan pihak polis menubuh pasukan untuk menyiasat bagi mencari dalang sehingga pembangkang memperolehi segala dokumen-dikumen itu dan polis sudahpun mula menyiasat siapa konduktor tersebut.
Kita juga menjadi hairan bagaimana senarai keanggotaan petugas untuk Ops 2020 (sebelum ini saya sebut Ops Kampus) boleh jatuh ke tangan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dan kerana kebocoran maklumat tersebut Ops ini dihentikan dan Bilek gerakan diarahkan agar ditutup.Siapa atau agensi mana yang mencatat Minit Mesyuarat Sekretariat itu yang diPengerusikan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia,Razali Ibrahim?
Siapa yang dedahkan maklumat ini kepada SUA PKR? |
Kita juga hairan bagaimana SUA PKR ini dengan segala pembuktian melalui dokumen seperti laporan perubatan Psurawi dibenarkan sewenang-wenangnya menghina mahkamah sedangkan ketika itu sedang berlangsung perbicaraan Anwar Ibrahim. Adakah Saifuddin juga kebal dari tindakan polis ataupun tindakan undang-undang sepertimana kebalnya Anwar dan siapa yang melindungi beliau?Betulkah ada yang mengarahkan pihak polis supaya tidak menangkap SUA PKR itu? Siapa yang mengarahkannya?
Adakah Najib membela biawak hidup di sekelilingnya?Adakah Najib bersetuju pada perlantikan yang salah pegawai-pegawai yang sepatutnya membantu beliau mengukuhkan parti dan kerajaan? Gerakan pembangkang menjadi semakin kuat apabila pendedahan-pendedahan maklumat sebegini jatuh ke tangan mereka dan Anwar terus beraja di mata, bersultan di hati walaupun selayaknya beliau tidak harus lagi mendapat tempat walau seinci pun di negara ini.
Adakah kebocoran maklumat ini datang dari Pejabat Perdana Menteri? Datang dari Biro Tata Negara atau Majlis Keselamatan Negara ataupun JASA? Kita bukan mahu prejudis tetapi bila melihat kebocoran maklumat berlaku, kita merasakan ada yang tidak kena dan kalau ini dianggap ringan pasti pihak Polis tidak menubuhkan Pasukan Khas Siasatan yang di ketuai oleh Dato Hadi Ho Abdullah, Timbalan ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Isu Scorpene sepatutnya sudah lama mati sepertimana matinya Altantunya dan mahkamah sudahpun memutuskan keputusan yang tidak ada kaitan dengan PM Najib termasuklah Rosmah tetapi pembangkang terus memainkan isu ini dan seolah-olah ada arahan agar isu ini terus didendangkan. Moga saya tidak prejudis ketika menulis tentang ini.
Kerana laporan ini SUA PKR dihalang dari ditangkap polis.. |
Mahkamah memutuskan dalam kes Altantunya, bukan sahaja Najib, Rosmah pun tidak terlibat baik secara langsung atau tidak langsung tetapi bila berkaitkan Najib, pembangkang seolah-olah tidak mahu menerima dan tetap menganggap Anwar yang keji itu lebih mulia moralnya dari Najib.
Kisah percintaan hingga membawa kepada pertunangan anak PM Najib dan Rosmah juga sedang dimainkan oleh pembangkang di pentas ceramah.Dimana salah Najib dan Rosmah dalam soal anaknya ini dan kalau benar tunang anak Najib itu terlibat dalam kegiatan jenayah, adakah Najib dan Rosmah akan dipersalahkan malah kita percaya kalau benar tunangnya itu seorang penjenayah seperti yang dilaporkan, kita pasti anak Najib dan Rosmah ini akan memutuskan pertunangan tersebut.
Tapi pembangkang mainkan isu ini seolah-oleh menjadikan Najib, Rosmah dan anaknya itu sebagai seoarang penjenayah. Lihatlah betapa jahat, kotor serta kejinyanya pembangkang manipulasikan isu tetapi yang nyata Najib sedang ditikam dari belakang malah apa yang sedang berlaku seolah-olah mahu menamatkan pemerintahan Najib sebagai Perdana menteri dan meruntuhkan keperkasaan UMNO dan Barisan Nasional sebagai pemerintah.
No comments:
Post a Comment