Showing posts with label HUDUD. Show all posts
Showing posts with label HUDUD. Show all posts

Friday, 24 August 2012

PAS TERSEPIT ISU NASHA vs KARPAL

nasha-pc-karpal

Apa akan jadi dengan Nasharudin Mat Isa atau ustaz Nasha yang mencadangkan PAS keluar dari pembangkang kerana DAP menentang Hudud?’
Apakah beliau senasib dengan bekas Naib Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat ekoran kenyataan mengenai moral Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Jika PAS sanggup mengorbankan Adun Gombak Setia itu kerana setianya parti itu kepada Anwar, tidak mustahil Nasha, ahli parlimen Bachok juga bakal jadi korban kerana sayangnya PAS pada Karpal.
Mungkin itu diharap-harapkan golongan Anwarinas dalam PAS yang berkiblatkan Ketua Pembangkang itu selepas mereka berjaya menyingkirkan Nasha daripada mengekalkan jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti tahun lalu.
Namun, untuk memecat Nasha yang sanggup berdepan Karpal di mahkamah demi mempertahankan kenyataannya bahawa pengerusi DAP itu anti Islam dan Hudud, bukan semudah PAS menamatkan keahlian Dr Hasan yang berbelas tahun setia kepada parti itu.
Nasha jelas memperjuangkan yang hak seperti ditegaskan dalam kenyataan sebelum ini bahawa beliau dididik dalam PAS bahawa ajaran Islam itu syumul merangkumi setiap aspek kehidupan.
“Di dalamnya ada akidah, perundangan dan akhlak. Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam. Saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh anti Islam dan bersedia bertemu beliau di mahkamah,” – tegas Nasha dalam sms kepada Agendadaily minggu lepas.
Pasti ramai pemimpin PAS kini menantikan apa parti itu akan lakukan terhadap Nasha selepas tersiar gambarnya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu pemimpin-pemimpin Islam di Mekah, Ramadhan lalu.
Ini termasuk Datuk Mahfuz Omar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Pemuda PAS Terengganu yang kritis terhadap Nasha termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menegaskan ‘tidak hairan’ jika Nasha keluar parti menyertai UMNO.
Memang benar, ada pemimpin PAS melihat Nsha ibarat sampah dalam mata – boleh menghalang keakraban puak Anwarinas ini membenarkan PAS dikuasai Anwar dan DAP.
Bagaimanapun, dengan isu Karpal menolak Hudud dan dianggap anti Islam oleh Nasha, PAS terpaksa ‘menarik rambut dalam tepung’ dalam usaha menyelesaikan perkara ini.
Lagipun Nasha bukan bersendirian dalam perjuangan ini kerana sudah ada pemimpin PAS mulai bersuara.
Walaupun tidak menyatakan sokongan terhadap Nasha, tetapi kecaman terhadap Karpal menggambarkan bahawa ada pemimpin PAS tidak senang hati dengan tindak tanduk ahli parlimen Bukit Gelugor itu yang boleh mengancam parti berkenaan .
Contohnya, Timbalan ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberi amaran bahawa kritikan Karpal Singh berhubung pelaksanaan hukum hudud akan menyebabkan PAS kehilangan sokongan pengundi Melayu dalam pilihan raya akan datang.
Anak kepada Nik Aziz itu berkata, kenyataan pengerusi DAP itu memberi gambaran kepada masyarakat Islam bahawa DAP "tidak mesra Islam dan orang Melayu".
"Dari sudut sentimen, kelihatan Karpal Singh, melalui beberapa kenyataan terakhirnya, terlalu yakin DAP tidak memerlukan undi Melayu untuk menang selesa. Sama ada itu satu risiko yang boleh diserap oleh DAP atau tidak, tapi bagi saya hampir pasti boleh menjejaskan undi rakannya dalam Pakatan terutama PAS.
"Walaupun berhak atas nama hak bersuara untuk bercakap dan mengkritik, tetapi atas nama hak kesepakatan bersama pakatan juga perlu untuk tidak memanaskan isu yang 'setuju untuk tidak bersetuju', termasuk  perihal dasar perjuangan setiap parti.
"Sama ada kritikan beliau itu atas premis mempertahan sekularisme negara ataupun jahil mahupun keras pedal atau anti Islam, semua itu mendorong kepada andaian bahawa DAP tidak mesra agama Islam dan undi Melayu," kata Nik Mohamad Abduh.
Beliau mendakwa, kenyataan Karpal berhubung hudud sebelum ini juga bertentangan dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat.
Sementara itu, ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula menyifatkan kenyataan Karpal yang terus mempertikaikan hudud "semakin keterlaluan" dan dijangka "bakal berdepan dengan kemarahan orang Islam".
"Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubungan baik sesama Pakatan," katanya.
Itu hanya sebahagian suara kecil dalam PAS yang sudah berbunyi kerana menyedari apa diperjuangan Nasha dan apa risiko jika Karpal terus bertegas minta ‘langkah mayatnya dahulu’ jika mahu dilaksanakan hukum Hudud.
Semestinya, PAS yang dijangka membincangkan isu kenyataan Nasha dalam mesyuarat Biro Politik parti itu yang dijadual pada Sabtu ini perlu rasional mencari penyelesaikan sama ada mahu menghadapkan Nasha kepada jawatankuasa tertinggi parti itu.
Sudah tentu PAS tidak boleh sewenang-wenangnya menunding satu jari kepada Nasha kerana tiga jari lagi akan menghala diri sendiri.
PAS juga tidak perlu lari topik apabila Nik Aziz cuba mengaitkan isu sama berhubung kenyataan pemimpin MCA yang turut menolak Hudud.
Barisan Nasional pasti ada cara penyelesaian terhadap isu itu tetapi sebagai parti yang sering mendabik dada kononnya memperjuangkan Islam,
semua mata umat Islam di negara ini tertumpu kepada bagaimana PAS mahu menyelesaikan kontroversi ini.
Setidak-tidaknya, Nasha sudah berjaya ‘menampar dan menutup mulut’ beberapa pemimpin PAS yang selama ini hanya tahu berkokok pasal Islam tetapi membenarkan tangan bergelumang najis apabila membiarkan sahaja Islam diperkotak katik demi nafsu mereka untuk menawan Putrajaya bersama Anwar.
PAS kini nyata tersepit kerana bagi Nasha, perjuangan menegakkan Islam tentu lebih besar berbanding PAS yang menjanjikan syurga tetapi perjuangan parti itu hanya memperalatkan agama semata-mata. -
OLEH ROSLAN BIAN

Thursday, 23 August 2012

DZULKEFLY : BELUM MASA LAKSANAKAN HUDUD

Shah Alam : Ketika pemimpin pas mahu hukum hudud dilaksanakan, Ahli Parlimen Pas Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pula berbeza pendapat. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, tidak setuju Hudud dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami undang-undang islam itu secara mneyeluruh.

Katanya, sekarang bukan masa yang kondusif untuk hudud dilaksanakan kerana proses merealisasikan undang-undang itu memerlukan perbincangan secara terbuka serta membabitkan banyak proses perundangan.

"Selain itu, banyak pekara lagi yang perlu dibuat dan semua pihak harus memahaminya. Usaha menerapkan pemahaman mengenai hudud tidak boleh hanya melibatkan golongan tertentu, perlu merangkumi semua pihak agar tidak ada yang terkeliru," katanya.

Sehubungan itu, Dzulkefly berkata, hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. Bercakap dalam satu program bual biacara anjuran televisyen internet, MobTV bersama Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya bertajuk 'Hentikan Polemik hudud,' beliau berkata, isu hudud kini semakin menjadi permainan politik.

"Dalam keadaaan ini, jika ia tidak ditangani secara baik, banyak pihak akan terus tidak faham malah mungkin terkeliru mengenai hudud," katanya. 

katanya, ini perlu diperjelaskan kerana bukan semua masalah boleh diselesaikan melalui hudud. Minggu lalu, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa mencadangkan parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu, terus menentang hudud.

Ini berikutan kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus mempertikaikan perlaksanaan hudud malah memberi amaran supaya 'langkah mayatnya dahulu' jika parti itu mahu melaksanakan undang-undang Islam itu jika diberi peluang memerintah negara ini.

#Petikan Sinar Harian Edisi Selangor 23/8/12

BEKAS MUFTI PERLIS BALUN PEMIMPIN PAS



KUALA LUMPUR, 23 Ogos - Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras oleh pemimpin DAP. 

Beliau memberitahu Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini. 

"Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa. "Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya.


 

Mohd Asri berkata demikian bagi mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di negara ini. 

Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat. 

"Kita tidak mahu menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam. Jika mereka faham bagaimana hudud sebenar, ia tidak akan ditolak. "Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya. 

Menurut Mohd. Asri, adalah sesuatu yang biasa apabila bukan Islam di seluruh dunia tidak bersetuju dengan hukum hudud disebabkan persepsi salah terhadap maksud hukum tersebut. "Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai," katanya.

Petikan dari blog 1 Malaysia

Saturday, 4 August 2012

MENGAPA NEGARA ISLAM MESIR TIDAK PERNAH LAKSANA HUKUM HUDUD....???


Pendapat Mufti Mesir mengenai Perlaksanaan Hukum Hudud


http://al-ahkam.net/home/images/stories/alijumuah.jpg

Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak. Iaitu, Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.
Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.
Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa.
Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marahHukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan.
Ringkasnya, kenyataan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya.
Ia sebaliknya berkenaan ‘ketidaksempurnaan’ suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan.
Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa.
Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil (‘adalah) diperlukan.
Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569)
Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan.
APA KATA...BACA SETERUSNYA...... DI SINI

Thursday, 2 August 2012

PEMUDA PAS AKUI DAP TAK TERIMA PERLAKSANAAN HUDUD...


KUALA LUMPUR  - Dewan Pemuda Pas Pusat mengakui DAP tidak menerima pelaksanaan hukum hudud selepas beberapa kali perbincangan dibuat dan atas pendirian itu Pas tidak akan memaksa parti berkenaan menerima undang-undang Islam tersebut.

Bagaimanapun Ketuanya, Nasrudin Hasan menegaskan bahawa DAP tidak boleh menghalang Pas mendaulatkan syariat Islam di negara ini kerana ia merupakan asas perjuangan parti itu sepanjang zaman.

"Saya akui hudud bukan agenda pakatan pembangkang tetapi ia adalah sebahagian daripada Islam yang tetap diperjuangkan oleh Pas sepanjang zaman, insya-Allah.

"Selebihnya menjadi dakwah berterusan Pas untuk memahamkan masyarakat terhadap hukum syariat Islam. Saya doakan semoga (Pengerusi DAP) Karpal Singh diberikan hidayah oleh Allah SWT, sebagaimana doa saya buat yang lain juga," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sosial Facebook semalam.




Tuesday, 31 July 2012

PAS JANGAN SALAHKAN UMNO....DAP KEKAL PENDIRIAN TOLAK HUDUD..!!!



SHAH ALAM – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sekali lagi menegaskan pendirian partinya, yang tidak menyokong perlaksanaan negara Islam di Malaysia dan perlaksanaan undang-undang hudud oleh Pas.


Menurut Guan Eng, pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah, namun bersetuju dengan pelaksanaan negara berkebajikan oleh Pas yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan.


Namun, menurutnya, DAP dan Pas sama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta perlaksanaan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus.
“DAP dan Pas boleh bekerjasama untuk masa depan rakyat Malaysia berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini.
“Ini kerana, DAP dan Pas, telah menandatangani dasar bersama yang menyatakan kerangka kerjasama kita dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan PR masa depan.
“Jelas dasar bersama tersebut tidak menyebut tentang perlaksanaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat masa depan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mendakwa, tindakan MCA dan Gerakan meneruskan serangan yang tidak bertanggungjawab dan tidak jujur kononnya DAP menyokong Pas dalam perlaksanaan undang-undang hudud dan penubuhan negara Islam menampakkan keadaan terdesak mereka untuk meraih kembali sokongan yang sudah hilang.
“MCA dan Gerakan seperti pesalah yang melemparkan tuduhan dahulu dengan cubaan mereka untuk menutup segala kegagalan menuntut tindakan terhadap pemimpin Umno yang menyokong perlaksanaan hudud malah ke atas bukan Islam,” katanya.
Justeru katanya, Umno yang ingin melaksanakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam adalah lebih ekstrim berbanding Pas yang hanya ingin melaksanakannya ke atas orang Islam. – Sinar Harian.


Saturday, 28 July 2012

DAP TETAP BANTAH HUDUD...!!!


AYER ITAM – DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini walaupun mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kenyataan itu adalah jelas dan tidak pernah berubah kerana perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali.
“Apa yang saya cakap ini adalah pendirian DAP, bukan pandangan peribadi saya. Sebagai Pengerusi DAP, saya bertindak sebagai jurucakap parti dan apa yang dikatakan oleh saya adalah kenyataan rasmi parti,” katanya kepada media semalam.
Menurutnya, beliau tidak menghiraukan pendapat Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai  pelaksanaan hudud ketika bertemu dengan pemimpin Pas sebelum ini.
“DAP sama sekali tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu di negara ini.
“Saya tidak kisah apa yang Kit Siang dan Guan Eng cakap mengenai hukum hudud sewaktu bertemu pemimpin Pas,. Tetapi bagi saya ia tetap tidak boleh dilaksanakan di negara ini,” katanya.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut memberi amaran kepada MCA agar tidak berterusan memainkan isu hukum hudud di negara ini kerana menyifatkannya sebagai membuang masa dan tidak akan dilaksanakan.
“Hentikanlah apa yang dikatakan. Perkara ini (pelaksanaan hudud) tidak akan di laksanakan di negara ini.
“Agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan ia sudah termaktub dalam perlembagaan namun perundangan Islam tidak akan dilaksanakan sama sekali,” katanya ketika mengulas kenyataan ahli jawatankuasa pusat MCA, Loh Seng Kok yang mendakwa Karpal sebagai orang menurut perintah ( yes man) kepada Pas.
Seng Kok turut menggesa Guan Eng dan Kit Siang supaya meletak jawatan kerana gagal menghalang matlamat Pas dari meneruskan cita-cita itu.
- SINAR HARIAN

Thursday, 28 June 2012

DAP TETAP MENENTANG HUDUD..!!!


 

Golongan muda yang cenderung pada perjuangan Islam terpempan dan berang dengan pendirian Lim Guan Eng yang tetap mempertahankan tindakan DAP menolak Hudud apabila pakatan pembangkang menang kelak.


Parti Pas hari2 melaungkan pemerintahan Islam.. kononnya nak laksanakan pemerintahan khalifah dan semua pemimpin UMNO ni kafir.. siap berhujah dgn menggunakan ayat2 al-Qur'an dan juga hadis yg mereka ambik sikit2 sana dan sikit sini.. ayat2 yg mana agak menyebelahi pihak Pas akan mereka canangkan satu Malaya.. tapi kalau ada ayat2 yg tidak memberi mereka kelebihan utk berceramah mereka akan pertikaikan ayat itu kononnya ayat itu lain maksudnya..

Setiap hari mereka menyusup ke  lokasi2 sasaran mereka utk berceramah politik menceritakan akan perjuangan mereka yg nak angkat negara ini utk diperintah oleh pemimpin2 Islam yg akan membawa rakyat Malaysia terutama yg beragama Islam termasuklah yg bukan Islam pun Pas akan jaminkan syurga.. sampai patrick lim guan eng pun Pas angkat jadi khalifah.. bukankah khalifah hanya layak utk umat Islam yg telah dilantik mengikut syarat2 yg ditetapkan oleh Islam..

Sejak jatuhnya jatuhnya pemerintahan khalifah di Turki, tiada satupun negara Islam yg telah memberikan satu komitmen utk melantik khalifah.. tapi lebai2 Pas yg angkuh dan bongkak telah berjaya melantik seorg khalifah.. yg paling pelik adalah ianya bukan Islam.. malah ianya adalah seorg bukan Islam drpd parti Dap yg terang menolak sebuah pemerintahan Islam.. dan tidak lupa juga dgn kenyataan karpal sinki utk langkah mayatnya dulu..

Ada 3 persoalan :

a ) Mcm mana Pas nak laksanakan pemrintahan Islam kalau melantik anwar yg mempunyai perangai mengalahkan yahudi..?

b ) Mcm mana Pas nak laksanakan pemerintahan Islam kalau Pas hanya jadi parti ketiga kuasanya dlm pakatan rakyat..?

c ) Mcm mana Pas nak laksanakan pemerintahan Islam kalau Dap akan lawan habis2an dan sanggup pemimpin2 Dap utk menggadaikan nyawa dlm erti kata lain Dap sanggup berperang jika Pas nak laksanakan pemerintahan Islam..??

Adakah lebai2 Pas selama ini hanya menipu ahli2nya utk mendapat habuan dunia???


Laporan dari Malaysiakini dipetik :

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng malam tadi 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat.

Dalam program wacananya untuk mendekati Melayu di Shah Alam malam tadi, sesi soal-jawab menjadi panas apabila peserta Melayu yang rata-rata muda bangkit bertanyakan isu itu kepadanya.

Lim mengulangi pendirian bahawa DAP "tidak bersetuju" dengan hudud kerana mereka "berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk hudud" di dalamnya.

Bagaimanapun tegasnya, perkara itu tidak menghalang DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR khususnya dalam perkara yang dipersetujui seperti menentang kemungkaran dan membanteras rasuah.

"Kita berbincang untuk berpegang kepada yang sedia ada. Kita mesti mengikut amalan dan konvensyen yang ditetapkan.


"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya dalam wacana bertajuk "Benarkah DAP mengancam Islam" anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini.


Note : pelbagai sumber

Sunday, 13 May 2012

KARTUN PAS vs DAP

Kartun nukilan Zoy di Berita Minggu.



Itulah yang terjadi dalam pakatan pembangkang bila PAS mula memainkan isu HUDUD. Isu Hudud akan diulang tayang sekirang sokongan akar umbi menurun.

PAS takut kehilangan sokongan akar umbinya (sama ahli atau penyokong parti di luar bandar) yang masih mengharap PAS kekal dengan perjuangan asal mereka untuk menegakkan negara Islam dan Hudud. Bagi penyokong di bandar yang liberal, mereka tak kisah pun pasal Hudud dan Negara Islam, mereka hanya mahukan kuasa dengan menjatuhkan UMNO. Sebab itulah tarbiyah PAS gagal di bandar. Ahli dan penyokong PAS di bandar lebih gemar menghadiri ceramah politik daripada ceramah agama. Kerana di ceramah politik ada pemimpin yang menjadi idola mereka iaitu Anwar Ibrahim. Dan golongan inilah yang mengangkat Mat Sabu yang bukan Ulama sebagai Timbalan Presiden PAS.


Begitu juga dengan PKR, walaupun ber'imam'kan Pak Sheikh Anwar Ibrahim, namun pengisian agama tiada dalam PKR. Ahli-ahli AMK tidak diterapkan dengan jiwa Islam sebaliknya mereka lebih suka dengan hiburan. Cuba tanya ahli-ahli AMK, adakah mereka kenal Al-Mathurat yang menjadi jiwa perjuangan As-syahid Sheikh  Hasan Al Bana? Jika mereka tak kenal, Pemuda UMNO zaman Anwar Ibrahim lebih baik dari AMK sekarang. Kini, zikir mereka bukan Al-Mathurat tetapi MAMPUS BN, HIDUP RAKYAT dan MENUJU PUTRAJAYA. Kenapa jadi begini? Kerana perjuangan Anwar Ibrahim sekarang berlunaskan dendam dan kuasa untuk menjadi Perdana Menteri. Islam bukanlah satu yang diperjuangkan tetapi hanyalah modal politik mereka.

Tidak hairanlah kenapa DAP sekarang berani mencabar Anwar Ibrahim supaya menyatakan pendiriannya sebagai Ketua Pakatan Pembangkang, adakah mahu Negara Islam dan Hudud atau tidak.
Klik untuk besarkan imej

Kesimpulannya, inilah wayang / drama yang sering dimainkan oleh pembangkang bila sokongan terhadap mereka berkurangan. Penamat episod ini adalah Anwar Ibrahim akan mendamaikan kedua-dua kabilah yang berperang dalam pembangkang dan muncul sebagai hero.



PAS ~ SELEPAS DILENYEK KARPAL, KINI GILIRAN ANWAR PULAK..!!!

DAP mendesak Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pendirian rasmi pembangkang bahawa penubuhan negara Islam tiada dalam agenda pakatan itu.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh, berkata Anwar juga perlu menyatakan pendiriannya sebagai antara pemimpin utama pembangkang mengenai hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

“Anwar kena membuat pengumuman rasmi bagi pihak pimpinan tertinggi pembangkang, selain menyuarakan pendiriannya sendiri berhubung pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.

“Hanya dengan cara itu kita lebih mudah membuat keputusan selanjutnya dan dalam hal ini, sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa DAP sesekali tidak menyokong negara Islam,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

PAS dan DAP mula berbalah apabila Karpal secara terbuka membidas Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang membuat kenyataan mengenai pelaksanaan hukum hudud di negara ini jika pembangkang memerintah.

Karpal yang jelas tidak berpuas hati dengan sikap Hadi yang gemar berdolak-dalik, turut mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan Hadi sebagai berkata, jika pembangkang memerintah negara, hukum hudud akan dilaksanakan hanya apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, serta penetapan gaji minimum dilaksanakan.

Dalam perkembangan yang sama, Karpal menempelak Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib, kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai berhubung agenda pembangkang.

Katanya, Harun sama sekali tidak wajar membuat teguran berkenaan kerana pelaksanaan hukum hudud dan agenda penubuhan negara Islam tidak pernah dibincangkan pada mesyuarat pimpinan tertinggi pembangkang.

“Saya bercakap selaku Pengerusi DAP Kebangsaan dan sudah tentu apa yang diucapkan saya mewakili parti dan kerjasama dengan DAP turut bermaksud bekerjasama dengan saya.

“Jangan kelirukan orang ramai dan isu ini mesti dijelaskan dengan pendirian rasmi pembangkang sebelum kita boleh teruskan dengan citi-cita untuk ke Putrajaya,” katanya.

Kelmarin, Harun dilaporkan menegur DAP dan Karpal supaya tidak terlalu tamak kuasa dalam memutuskan sebarang isu membabitkan pembangkang, sebaliknya perlu menghormati pendirian PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Teguran itu berikutan kenyataan Karpal yang menyebut Hadi tidak berhak bercakap mewakili pakatan pembangkang mengenai hukum hudud jika pembangkang memerintah negara.

Saturday, 12 May 2012

DAP vs PAS... GARA-GARA HUDUD..!!! PETANDA PR TERSUNGKUR PRU 13!!!


PAS tetap laksana undang-undang Islam tanpa rakan pakatan sedia ada-
KUALA LUMPUR: DAP dan Karpal Singh ditegur supaya tidak terlalu tamakkan kuasa dalam memutuskan sebarang isu membabitkan pakatan pembangkang, sebaliknya perlu menghormati pendirian PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.
Teguran dibuat Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib susulan kenyataan Pengerusi DAP itu bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tidak berhak bercakap mewakili pakatan pembangkang mengenai hukum hudud jika pembangkang memerintah negara. Harun berkata, selama ini, kerjasama PAS dengan DAP dalam pakatan pembangkang adalah atas nama parti, bukan Karpal Singh.
“Hadi adalah pemimpin tinggi PAS yang juga sebahagian pakatan pembangkang, jadi kenapa pula beliau tidak boleh bercakap bagi pihak pembangkang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Akhbar sebelum ini melaporkan Hadi sebagai berkata: “Jika pakatan pembangkang memerintah negara, hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, serta penetapan gaji minimum dilaksanakan.”
Harun berkata, PAS akan tetap melaksanakan Islam sebagai addin kerana ia bukan saja meliputi aspek undang-undang, tetapi juga ekonomi, sosial dan pendidikan.
“Kita tetap akan laksanakan hudud dan pinda Perlembagaan walaupun mungkin bukan dengan rakan pakatan yang ada sekarang… mungkin dengan pakatan lain yang memberi sokongan kepada kita nanti. Mungkin ada pihak yang simpati dan menyokong perjuangan kita nanti.
“Jika cukup majoriti (penguasaan kerusi), jika PAS lebih kuat berbanding rakan lain nanti, kita akan laksanakan (hudud dan pinda Perlembagaan),” katanya.
Harun berkata, secara umumnya, majoriti intelektual bukan Islam tidak takut pada hukum hudud, kecuali individu tidak bermoral yang pernah mencuri dan melakukan kesalahan lain.
Sambil menganggap kenyataan Karpal tidak akan memberi kesan kepada PAS, beliau berkata parti yang memperjuangkan Islam itu tidak akan berganjak daripada pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud.
EXCO PAS Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, berkata Karpal tidak perlu campur tangan dalam hal membabitkan hukum Islam kerana PAS sendiri tidak pernah campur tangan dalam hal agama orang lain.
“Kalau orang Cina cakap pasal agama dia, kita tak pernah campur tangan dengan apa yang mereka nak buat, jadi bila kita cakap pasal Islam, hudud, mereka tidak patut ambil tahu, sebab ini hukum kita, agama kita dan kita mahu laksanakan,” katanya.
Pendakwah dan ahli PAS, Datuk Ismail Kamus menyifatkan Karpal seorang pemimpin yang keras hati dan sengaja bertindak seolah-olah tidak memahami konsep pelaksanaan hukum hudud.
“Dia bukan tidak tahu hukum hudud memberi keadilan kepada semua pihak, tapi sengaja buat tidak faham. Begitu juga ada pemimpin PAS sendiri yang tidak senang dengan pelaksanaan ini,” katanya.
- BERITA HARIAN
Dalam Buletin Utama TV3 sebentar tadi, Karpal menegaskan sekali lagi bahawa DAP tetap menentang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam dan menyatakan bahawa di dalam Muktamar PAS yang lalu, PAS telah bersetuju untuk TIDAK melaksanakan HUDUD sebaliknya ditukar ke NEGARA KEBAJIKAN...

HUDUD - DULU KINI SAMA SAHAJA, CUMA UMPAN POLITIK!!!




‎"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan 
PAS sendiri memang tidak
mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan 
sebuah negara Islam, dia 
(DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu" 
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.



HADI AWANG SAHKAN HUDUD HANYA UMPAN POLITIK


Hukum hudud bukanlah satu keutamaan pakatan pembangkang, itu kata Hadi Awang yang juga Presiden PAS. Jelasnya lagi, hudud akan tetap dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang mengambilalih kerajaan. Tapi… ada tapinya…
Kata Hadi, hukum hudud hanya akan dilaksanakan mengikut proses demokrasi dan selepas masalah kemiskinan dapat diatasi serta hanya terhad kepada umat Islam sahaja pada permulaannya. Menurutnya lagi hukum hudud tidak dapat dilaksanakan selagi gaji minimum tidak dilaksanakan.
Banyak pula syarat, dalih dan alasan itu ini bila masuk bab perlaksanaan, nampak sangat sewaktu menabur janji dan selepas selesai membentangkan draf hukum hudud di DUN Kelantan pada tahun 1993, PAS sengaja mahu ianya tergantung setakat itu sahaja.
Keutamaan dan modus operandi sebenar PAS dalam isu hudud hanyalah berkisar pada soal mencari undi dan pengaruh politik untuk mengejar kuasa duniawi bagi keselesaan diri sendiri itu saja. Noktah.
Soal perlaksanaan, prasarana dan praktikal hukum hudud, PAS tak pernah pun ambil tahu dan ianya terbukti benar apabila hanya selepas Mufti Kelantan mengkritik kerajaan PAS Kelantan tahun lepas bersabit persoalan hudud barulah cepat-cepat kerajaan Nik Aziz menubuhkan jawatankuasa teknikal.
LAGI.... DI SINI

Friday, 11 May 2012

HUDUD ~ KARPAL DAH MULA BENGANG DENGAN HADI..!!!


Karpal Singh

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak Pakatan Rakyat.
Karpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika berkuasa.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi.
“Amat dikesali akhir-akhir ini Hadi kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali. Saya telah katakan sebelum ini, dan saya katakan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan lain, Karpal mengucapkan terima kasih kepada Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim atas sumbangannya sebagai naib pengerusi DAP dan senator parti itu.
DAP tidak menyambung tempoh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negara ekoran kenyataan beliau yang menolak demonstrasi jalanan di ibu kota baru-baru ini.