Thursday 2 August 2012

PEMUDA PAS AKUI DAP TAK TERIMA PERLAKSANAAN HUDUD...


KUALA LUMPUR  - Dewan Pemuda Pas Pusat mengakui DAP tidak menerima pelaksanaan hukum hudud selepas beberapa kali perbincangan dibuat dan atas pendirian itu Pas tidak akan memaksa parti berkenaan menerima undang-undang Islam tersebut.

Bagaimanapun Ketuanya, Nasrudin Hasan menegaskan bahawa DAP tidak boleh menghalang Pas mendaulatkan syariat Islam di negara ini kerana ia merupakan asas perjuangan parti itu sepanjang zaman.

"Saya akui hudud bukan agenda pakatan pembangkang tetapi ia adalah sebahagian daripada Islam yang tetap diperjuangkan oleh Pas sepanjang zaman, insya-Allah.

"Selebihnya menjadi dakwah berterusan Pas untuk memahamkan masyarakat terhadap hukum syariat Islam. Saya doakan semoga (Pengerusi DAP) Karpal Singh diberikan hidayah oleh Allah SWT, sebagaimana doa saya buat yang lain juga," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sosial Facebook semalam.




No comments: