Sunday 13 May 2012

PAS ~ SELEPAS DILENYEK KARPAL, KINI GILIRAN ANWAR PULAK..!!!

DAP mendesak Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pendirian rasmi pembangkang bahawa penubuhan negara Islam tiada dalam agenda pakatan itu.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh, berkata Anwar juga perlu menyatakan pendiriannya sebagai antara pemimpin utama pembangkang mengenai hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

“Anwar kena membuat pengumuman rasmi bagi pihak pimpinan tertinggi pembangkang, selain menyuarakan pendiriannya sendiri berhubung pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.

“Hanya dengan cara itu kita lebih mudah membuat keputusan selanjutnya dan dalam hal ini, sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa DAP sesekali tidak menyokong negara Islam,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

PAS dan DAP mula berbalah apabila Karpal secara terbuka membidas Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang membuat kenyataan mengenai pelaksanaan hukum hudud di negara ini jika pembangkang memerintah.

Karpal yang jelas tidak berpuas hati dengan sikap Hadi yang gemar berdolak-dalik, turut mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan Hadi sebagai berkata, jika pembangkang memerintah negara, hukum hudud akan dilaksanakan hanya apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, serta penetapan gaji minimum dilaksanakan.

Dalam perkembangan yang sama, Karpal menempelak Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib, kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai berhubung agenda pembangkang.

Katanya, Harun sama sekali tidak wajar membuat teguran berkenaan kerana pelaksanaan hukum hudud dan agenda penubuhan negara Islam tidak pernah dibincangkan pada mesyuarat pimpinan tertinggi pembangkang.

“Saya bercakap selaku Pengerusi DAP Kebangsaan dan sudah tentu apa yang diucapkan saya mewakili parti dan kerjasama dengan DAP turut bermaksud bekerjasama dengan saya.

“Jangan kelirukan orang ramai dan isu ini mesti dijelaskan dengan pendirian rasmi pembangkang sebelum kita boleh teruskan dengan citi-cita untuk ke Putrajaya,” katanya.

Kelmarin, Harun dilaporkan menegur DAP dan Karpal supaya tidak terlalu tamak kuasa dalam memutuskan sebarang isu membabitkan pembangkang, sebaliknya perlu menghormati pendirian PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Teguran itu berikutan kenyataan Karpal yang menyebut Hadi tidak berhak bercakap mewakili pakatan pembangkang mengenai hukum hudud jika pembangkang memerintah negara.

1 comment:

Anonymous said...

PR pon da tunggang langgang cmne nak tadbir negara?
PAS kata UMNO sesat sb xnak wat hukum hudud..sekarang baru hampa tau cmna rasa kena dgn kapir lahanat nie..
Padan muka..
Anuar gay,jawab la hang dok site mana...