Tuesday, 29 March 2016

11 PEMANCING DIKHUATIRI HILANG SEJAK AHAD SELEPAS MEMANCING BERHAMPIRAN PELANTAR MINYAK LAWIT

11 pemancing dikhuatiri hilang selepas pulang dari memancing berhampiran pelantar minyak Lawit.

BACHOK: Sebelas pemancing termasuk seorang awak-awak bot kelas A dikhuatiri hilang ketika dalam perjalanan pulang dari memancing berhampiran pelantar minyak Lawit.


Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria, bot kelas A yang membawa pemancing berkenaan dipercayai mengalami kemalangan.

Kesemua pemancing, termasuk awak-awak bot berkenaan sepatutnya pulang ke jeti Pantai Kemasin, Bachok petang Ahad, namun selepas dua hari mereka masih gagal dihubungi.

Pengadu dan pihak APMM cuba menghubungi mereka sejak Sabtu tetapi gagal mendapat pengesahan dan maklumat.


Berikutan itu, pihak APMM telah menghantar dua kapalnya untuk kerja mencari dan mengesan bot berkenaan.

Sehingga kini, tiada maklumat penemuan atau sebarang maklumat berhubung bot tersebut.

Post a Comment