KAHERAH, Selasa – Sebuah pesawat domestik Egyptair dari Iskandariah ke Kaherah dirampas hari ini dan dipaksa untuk mendarat di Cyprus, tetapi dilencongkan ke Larnaca, lapor radio tempatan.
Menurut Perbadanan Penyiaran Cyprus, 55 penumpang termasuk tujuh anak kapal berada dalam penerbangan itu.
Pada masa sama, sumber penerbangan awam Mesir dan polis mengesahkan rampasan itu dan melaporkan bahawa seorang lelaki terlibat dalam insiden berkenaan.
Lelaki terbabit dipercayai bersenjata dan mengugut juruterbang dengan tali pinggang berisi bom yang dipasangkan pada seorang penumpang.
Perampas juga telah menghubungi menara kawalan pada jam 8.30 pagi tadi dan pesawat itu diberi kebenaran untuk mendarat pada jam 8.50 pagi.
Media melaporkan perampas membebaskan wanita dan kanak-kanak.
Bagaimanapun, sehingga kini perampas belum mengemukakan sebarang tuntutan. – Agensi
TERKINI :
Perampas membebaskan kesemua penumpang di dalam pesawat Egypt Air kecuali empat warga asing dan kru.
Terdahulu, syarikat penerbangan itu menulis di Twitter dengan memaklumkan lima warga asing dan kru masih berada dalam pesawat, selepas rundingan dengan perampas yang mengarahkan pesawat tersebut diterbangkan ke lapangan terbang Larnaca.
Pesawat Egypt Air bagi penerbangan domestik dari Alexandria ke Kaherah dirampas pada Selasa dan mendarat di Cyprus, kata pegawai Mesir dan stesen radio Cyprus.
Dilaporkan seramai 55 penumpang dan tujuh kru menaiki pesawat itu.
Dilaporkan terdapat bom di dalam pesawat tersebut.
Sementara itu, Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang menaiki pesawat berkenaan.
Sumber: MStar
No comments:
Post a Comment