KUALA LUMPUR – Sekumpulan pemandu teksi melancarkan mogok kerana membantah Grab/Uber Car yang dikatakan telah mengganggu sumber pendapatan mereka.
Demonstrasi secara aman itu diadakan di tiga lokasi berbeza iaitu depan pusat beli-belah Pavilion, KLCC dan Stesen Sentral Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, perhimpunan bermula di Pavilion mulai jam 9.30 pagi disuraikan selepas dua jam berkumpul dan beberapa tangkapan dibuat.
Kumpulan itu sebelum ini membantah keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dikatakan gagal membela nasib pemandu teksi kerana membenarkan aplikasi UBER dan Grab Car yang digunakan pada 18 November lalu.
Difahamkan, beberapa pemandu teksi yang ditahan disyaki ketua dalam kalangan mereka kerana lantang bersuara ketika perhimpunan berlangsung.
Kehadiran Uber dan Grab Car didakwa telah mengganggu mata pencarian mereka sebagai pemandu teksi konvensional.
Selasa lalu lalu lintas di sekitar Jakarta turut mengalami kesesakan luar biasa apabila ratusan pemandu teksi di negara itu melancarkan demostrasi, mendesak kerajaan mengharamkan perkhidmatan teksi menggunakan aplikasi mudah alih.
Pemandu teksi terbabit menuntut supaya kerajaan menutup perkhidmatan teksi yang menggunakan aplikasi mudah alih seperti Grab Taxi dan Uber yang didakwa telah menjejaskan pendapatan pemandu teksi konvensional.
Bagaimanapun, demonstrasi itu kemudiannya menjadi ganas apabila para peserta tidak berpuas hati dan menyerang serta merosakkan teksi yang membawa penumpang. – SuaraTV
No comments:
Post a Comment