Thursday, 21 January 2016

RAMAI PERCAYA FITNAH MALAYSIAKINI BIASISWA JPA DIBEKUKAN !!!


Malaysiakini sekali lagi menjadi lidah penyebar fitnah nombor satu apabila memutar belitkan berita seolah-olah Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dibekukan. Carian tajuk berkenaan petang ini mendapati Malaysiakini sudah memadamkan berita berkenaan.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, TS Dr Ali Hamsa supaya mengkaji semula langkah menghentikan pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr Wee Ka Siong berkata, beliau telah membangkitkan isu itu dalam Kabinet selepas menerima pelbagai aduan daripada pelajar-pelajar cemerlang.

Beliau turut menganggarkan pemberhentian pemberian biasiswa yang bertujuan mengurangkan perbelanjaan kerajaan itu akan memberi kesan kepada 700 pelajar cemerlang. Dr Wee berkata, kajian semula harus dijalankan dengan secepat mungkin memandangkan universiti sesetengah negara seperti Australia akan memulakan sesi pengajian seawal Februari ini.

Akhbar Sinchew Daily adalah akhbar yang mula-mula melaporkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsang mendorong kerajaan mulai tahun ini menghentikan pemberian biasiswa untuk semua jurusan di universiti tempatan dan luar negara.

Dr Wee berkata, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak memahami beban rakyat bertambah dalam keadaan semasa dan beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara mengkaji pendekatan baharu," katanya. Dr Wee bagaimanapun memberitahu beliau tidak seratus peratus yakin akan wujud perubahan dalam isu biasiswa JPA. Katanya, pelajar mungkin hanya boleh memohon biasiswa JPA selepas pendekatan baharu dikenal pasti kerajaan.

Bagi pendapat CTS, sebelum setiap bajet tahunan disediakan, Kementerian Kewangan (MOF) akan memohon setiap kementerian dan agensi-agensi yang berkenaan mengemukan jumlah setiap kementerian dan agensi perlukan untuk perbelanjaan mereke termasuk perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan operasi untuk tahun berkenaan.

Untuk pengubahsuaian Bajet 2016 yang akan di umumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Februari ini, begitu juga MOF telah memohon setiap kementerian dan agensi mengemukakan jumlah perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan operasi yang setiap kementerian dan agensi fikirkan boleh dikurangkan atau di tangguhkan kepada tahun yang lain.
Jika JPA mengemukan pemotongan atau pengurangan perbelanjaan yang akan melibatkan pembiayaan untuk biasiswa, itu adalah permintaan JPA dan bukan MOF ataupun Perdana Menteri sendiri. Ini bermakna sekiranya Kabinet meminta agar JPA mengkaji semula hasrat mereka untuk menghentikan pemberian biasiswa, ini bermakna, Perdana Menteri dan juga Kabinet tidak bersetuju dengan cadangan JPA untuk memotong peruntukan untuk biasiswa JPA. JPA akan membentangkan cadangan baru pada mesyuarat Kabinet Rabu depan.

Ramai yang melatah dan  menyalahkan kerajaan serta Perdana Menteri. Lain kali selidik dan baca kasi abis dulu beb... jangan mudah sangat percaya dengan apa saja berita rekayasa pembangkang....

1 comment:

Unknown said...

Berbelit-belit.
Bila berbelit macam ni, maknanya betulah berita nak bekukan biasiswa tu.
Cakap je terus - bisiswa dibeku atau tidak dibekukan. Pusing sana, putar sini
last-last tuduh orang pitnah pulak!!!!