Thursday, 21 January 2016

TIPU JUAL BMW, 'DATUK SERI' DAN 'DATUK' KEPADA BANGLA



KAPAR: Seorang lelaki yang menipu dengan mendakwa boleh menjual sebuah kereta mewah jenis BMW dan gelaran 'Datuk Seri' serta 'Datuk' kepada seorang warga Bangladesh sehingga kerugian RM235,400, ditahan polis Selasa lalu.  


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat, berkata suspek yang berusia 33 tahun itu berkenalan dengan mangsa beberapa bulan lalu, sebelum menawarkan sebuah kereta BMW pada harga RM164,200 kepada lelaki berkenaan.  

Beliau berkata, selepas melihat mangsa yang berusia 57 tahun itu berminat dan sanggup membayar sejumlah wang untuk membeli kereta berkenaan, suspek kemudian menawarkan pula gelaran 'Datuk Seri' dan 'Datuk' kepada mangsa dan anaknya.  

"Suspek kemudian meminta mangsa membayar RM71,200 bagi mendapatkan gelaran itu, namun selepas pembayaran dibuat, kereta yang dibeli masih belum diperolehi selain pelbagai alasan diberikan apabila ditanya mengenai gelaran itu.  

"Menyedari dirinya ditipu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Meru. Suspek ditahan di Damansara dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

- BN Online

Post a Comment