Sunday, 15 November 2015

TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI, JUARA TERBUKA CHINA 2015 KALAHKAN PEMAIN CHINA

Chong Wei Juara Terbuka China, Tundukkan Pemain No. 1 Dunia

JAGUH badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain No.1 dunia Chen Long pada saingan akhir Terbuka China 2015 di Haixia Olympic Sports Center, Fuzhou, Ahad.


Chong Wei menundukkan Chen Long dengan kutipan mata 21 – 15, 21-11.
Chong Wei mara ke final setelah menundukkan seteru utamanya, Lin Dan 17-21 21-19 21-19 pada saingan separuh akhir, Sabtu.
Terdahulu pada Sabtu, Chen Long menewaskan pemain Korea Selatan, Son Wan Ho 21-11 21-17 untuk mara ke final.

Post a Comment