Sunday, 15 November 2015

(VIDEO) - DAH BEBERAPA KALI MINTAK TUKAR SEKOLAH TAPI TIDAK DIENDAHKAN.... AKHIRNYA KENA BULI SECARA 'BERJEMAAH' ....


MELAMPAU! Itulah yang boleh dirumuskan daripada rakaman video memaparkan seorang murid sekolah dibuli yang kini menjadi viral di laman sosial.
Video berdurasi 6 minit 29 saat itu mencetuskan kegusaran dan kemarahan sesiapa sahaja yang menontonnya. Bayangkan, baru usia ‘setahun jagung’ sudah berlagak macam gangster tak berhati perut.
Difahamkan, kejadian buli itu berlaku di sebuah sekolah kebangsaan dekat Jerteh, Terengganu.
LIHAT VIDEO DI SINI
Visual bermula dengan beberapa murid berusia sekitar 12 tahun bertindak menendang bahagian belakang mangsa.
Tidak cukup memukul dan mempermainkan mangsa beramai-ramai, salah seorangnya menarik kaki mangsa selain bertindak menerajang bertalu-talu bersama rakannya yang lain.
Murid-murid tersebut turut menyepak kepala mangsa beberapa kali sehingga menyebabkan dia terbaring.
Paling melampau, salah seorang pembuli cilik itu menggunakan tukul bagi menakut-nakutkan mangsa sehingga membuatkan mangsa menjadi begitu terkejut untuk mempertahankan diri.
Menurut pengirim video berkenaan, Nor Hazila yang merupakan ibu saudara kepada mangsa, pada mulanya dia sendiri tidak mempercayai kejadian buli tersebut melibatkan anak saudaranya sendiri.
“Sebelum ni saya asyik melihat video-video buli org lain. Tak sangka hari ni terjadi pada saudara terdekat saya, darah daging sendiri,” tulisnya di pautan video.
Hazila mengatakan anak saudaranya itu yang merupakan seorang pendiam, sering menjadi mangsa rakan sebayanya yang bertindak membuli termasuk meminta duit belanja. Sekiranya tidak diberi, mangsa akan dipukul.
“Mentang-mentang mangsa berdiam. Korang main buli sepak terajang. Setiap hari mintak duit dari si mangsa. Kalau tak bagi, kene pukul, setiap hari kene ugut suruh jangan beritahu sesiapa kalau tak kena pukul,” katanya.
Tambahnya, mangsa dikatakan sering minta ditukarkan sekolah sejak darjah empat namun begitu takut untuk menceritakan perkara sebenar kepada ibu bapanya.
“Patutlah mangsa sejak darjah 4,5 dulu asyik mintak tukar sekolah. Tapi tak mampu nak cakap sebab apa nak tukar sekolah. Hati ayah dan ibu mana tak terasa tengok anak kesayangan dipukul disepak,” katanya.
Tindakan biadab sekumpulan murid berkenaan mendapat perhatian netizen di mana rata-rata mereka meminta murid-murid yang terlibat diberikan hukuman yang setimpal dengan kelakuan mereka agar dapat jadi pengajaran. -MYNEWSHUB.CC

Teman nak habo le kat mak pak yang ada anak sekolah. Tak kira lah anak sekolah rendah atau sekolah menengah. Sekolah harian atau dok kat asrama. Jika anak selalu mintak tukar sekolah... jangan la buat endah tak endah. Jangan la bagi alasan sibuk laa... tak sempat laa... sekolah jauh laa... bla..bla..bla.. Ajak anak berbincang agar yang pendiam dapat meluahkan perasaannya.  Bukan mudah sebenarnya seorang kanak-kanak nak mintak tukar sekolah lebih-lebih lagi dah ada kawan yang ramai di sekolah itu.  Biasanya bila anak mintak tukar sekolah... tentu ada perkara penting yang tidak digemari telah berlaku ke atas dirinya di sekolah tersebut... percayalah!!!   Tapi kalau kome tak percaya terpulanglah... teman  habo jer.... Sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian tidak berguna.  

Post a Comment