Sunday, 15 November 2015

(FOTO) - PESAWAT RINGAN PIPER PA-32 TERHEMPAS DI PANGKOR, SEMUA PENUMPANG SELAMAT


Sebuah pesawat ringan persendirian dipercayai jenis Piper PA-32 yang membawa empat penumpang termasuk juruterbang dan seorang wanita terhempas di tepi pantai Kampung Tersusun, Teluk Dalam, Pulau Pangkor, Ahad.




Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor Hisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 1.27 tengah hari tadi.



Juruterbang dipercayai warga Singapore (Les Lie)  dan Co-pilot warganegara Malaysia (Tony Too). Sementara seorang penumpang lelaki warga Malaysia (Jason) bersama wanita (Wendy) warga China. Mereka sedang dalam acara lawatan saudara mara di sekitar Pulau Pangkor. 



Beliau berkata kesemua mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Pangkor untuk menerima rawatan lanjut.



Pesawat yang memulakan penerbangan dari lapangan terbang di Pulau Pangkor menuju ke Lapangan terbang Subang itu secara tiba-tiba enjin hilang kuasa semasa melalui pantai di kawasan Kampung Tersusun Teluk Dalam.  Juruterbang terus membuat pendaratan kecemasan.


Post a Comment