Tuesday, 27 October 2015

VIDEO DAN GAMBAR FENOMENA 2 MATAHARI TERBIT SERENTAK DI KANADA... INI JAWAPANNYA...


BERIKUT jawapan kepada fenomena 'ganjil' di Kanada(?), yang tiba-tiba hangat dan ter-hot hari ini. Mohon BACA DULU penerangan di bawah, beserta dengan LINK ASAL foto-foto tersebut.



FOTO 1

Foto ini keluar menerusi laman blog WIND AGAINST CURRENT , menerusi tulisan yang bertajuk "CITY SUNSET SILHOUETTES"" tulisan Vladimir Brezina pada 17 Ogos 2014.

Ia merupakan gambar yang dirakam di MANHATTAN , NEW YORK CITY Amerika Syarikat. Bandar Manhattan ini popular kerana mempunyai pemandangan ufuk yang indah pada waktu senja, dan dipopularkan dengan gelaran Manhattanhenge.

Foto di atas boleh didapati dalam blog berkenaan menerusi link ini
yang menunjukkan suanana senja di Sungai Hudson di Manhattan.
IA TIDAK BERLAKU DI KANADA seperti yang digembar-gemburkan
Belajar Berilmu!


FOTO 2

'Gambar' ini telah muncul di sebuah laman web TimesGazette pada 31 Mac 2015 tulisan Ben Kochman yang bertajuk..

"LUKE SKYWALKER'S TATOOINE WITH TWO SUNS MIGHT BE A REALITY SAYS STUDY"

Artikel itu menceritakan bagaimana ahli astrofozik mengatakan ada kemungkinan sebuah planet lain di dalam sebuah sistem bintang berkembar, yang BOLEH MENYERUPAI suasana planet Tatooine dalam cereka sains fiskyen STAR WARS. (Kalau kita ingat satu scence dalam filem Star Wars A New Hope yang menunjukkan Luke Skywalker sedang memerhatikan 2 buah matahari sedang terbenam.)

Maka artis telah MENGGAMBARKAN suasana tersebut menerusi gambar yang direka seperti dalam artikel tersebut.

IA TIDAK BERLAKU DI KANADA seperti yang digembar-gemburkan.  Belajar Berilmu!

Moral of the story, SEBELUM SEBARKAN MAKLUMAT YANG BELUM TENTU SAHIH, sila check dulu sumber asal, cerita asal dan sebagainya,

Amalkan ayat ini, InsyaAllah semua ok...

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”(QS. Al-Hujurat : 6).

Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada yang BERTANYA DAHULU! Satu langkah bijak dalam zaman penuh pancaroba ini.

Post a Comment