Tuesday, 27 October 2015

3 SEBAB SAIFUDDIN TINGGALKAN UMNO


Saifuddin memberi tiga sebab kenapa beliau meninggalkan Umno:
  1. RASIS
  2. MODEL POLITIK KETINGGALAN ZAMAN
  3. DAKWAAN SKANDAL PARTI


Beliau turut mengaku bahawa walaupun mustahil mencari parti yang seratus peratus bersih, sekurang-kurangnya ia tidak terbeban dengan skandal yang berat.

Bagi Saifuddin, komponen yang ada di dalam Pakatan Harapan seolah bersih dari apa yang beliau cari dalam sebatian politik dengan dirinya. Mungkin Saifuddin tidak menganggap DAP sebagai sebuah parti yang rasis walaupun tidak sampai 10% pemimpin Melayu di dalamnya.

Mungkin juga Saifuddin tidak meletakkan kes liwat yang Anwar terbukti bersalah sebagai skandal yang merosakkan nama parti pujaan Saifuddin. Lebih teruk dari itu, Saifuddin tidak mampu untuk melihat siapa dan kenapa parti PAN yang diketuai oleh Mat Sabu ditubuhkan. Model parti sebagaimana yang Saifuddin cuba terangkan demi menutup kerakusan nafsu gila kuasa yang bersarang di dalam dirinya sendiri.

Ganjaran khas untuk Saifuddin menyertai parti miloik keluarga Anwar Ibrahim ialah jawatan Setiausaha gabungan Pakatan Harapan yang mana menyamai taraf jawatan Setiausaha Agung parti politik. Mungkin bagi Saifuddin, jawatan setinggi ini beliau tidak akan mampu duduki sekiranya beliau masih lagi di dalam UMNO.

Saifuddin juga dilihat cuba menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan berkata Najib kini bukan pemimpin sederhana, neutral atau progresif lagi seperti sebelum ini. Dalam cubaaan mengalihkan perhatian masyarakat kenapa beliau meninggalkan UMNO ini juga Saifuddin menyatakan bahawa perubahan Najib di dalam halatuju pemusatan kepimpinan adalah kerana sokongan kaum Cina yang teruk kepada Barisan Nasional.

Mungkin Saifuddin lupa bahawa ‘dunia Temerloh’ tidak sebesar yang beliau sangkakan. Kemungkinan juga Saifuddin beranggapan segala apa yang beliau lakukan ketika menjadi wakil rakyat parlimen di sana tidak akan sampai ‘kedengaran’ di tempat lain.

Hanya Saifuddin dan penciptaNya sahaja yang tahu kenapa dan dengan perjanjian apa yang menyebabkan beliau mengambil masa yang lama untuk meninggalkan UMNO. Apakah ada permintaan peribadi yang Perdana Menteri tidak penuhi atau apakah ada tawar menawar yang melibatkan wang ringgit antara Saifuddin dan Wan Azizah memandangkan Saifuddin bukanlah bekas Timbalan Menteri yang sengkek.

Post a Comment