Tuesday, 27 October 2015

BAYI TIADA TANGAN, KAKI DAN HIDUNG DAPAT KERUSI KHAS BANTU BERJALAN


Seorang bayi yang kehilangan tangan, kaki dan hidungnya akibat jangkitan kuman meningitis September tahun lalu dan kini sudah mula berjalan menggunakan kerusi roda khas yang sangat canggih.

Harmonie – Rose Allen, 2, diserang virus meningitis pada usia Sembilan bulan iaitu hanya 10 hari selepas dia mula berjalan dan doktor memaklumkan kepada ibu bapanya, Freya Hall dan Ross Allen bahawa anak mereka cuma mempunyai 10 peratus peluang untuk selamat.

Namun, bayi yang kuat semangat ini tetap bertahan walaupun doktor terpaksa memotong kedua-dua belah tangan dan kakinya serta sebahagian hidungnya  ketika menjalani rawatan. Hermonie kini belajar berjalan dengan bantuan sebuah mesin canggih seperti sebuah kerusi roda yang diharap boleh membantunya bergerak.

“Dia kini bukan sahaja boleh berdiri di atas mesin ini tetapi juga boleh menggerakkannya sendiri menggunakan lengan. Pada mulanya agak sukar kerana keadaan tangannya yang pendek tetapi dia tetap berusaha dan berjaya”

“Kami akan memastikan Harmonie dapat meneruskan kehidupannya sebaik mungkin dengan segala upaya kami,” ujar Hall. 

Post a Comment