Tuesday, 27 October 2015

3 WANITA AS DAKWA PUTERA ARAB SAUDI PAKSA LAKUKAN S*KS SELAMA 3 HARI


LOS ANGELES: Tiga wanita warga Amerika Syarikat (AS) mendakwa seorang putera Arab Saudi memaksa mereka melakukan seks selama tiga hari dalam sebuah parti seks dan dadah di rumah agam di Beverly Hills.


Wanita yang diambil bekerja sebagai pembantu rumah pada September lalu, telah memfailkan saman sivil terhadap Majed Abdulaziz Al Saud, 29 tahun.

Saman yang difailkan mendakwa putera Arab Saudi cuba memaksa salah seorang pekerja wanita itu untuk melakukan seks.

Putera itu juga mengarahkan pengawal keselamatan untuk turut berbogel bersama yang lain di tepi kolam renang.

Salah seorang pekerja wanita merayu supaya putera itu menghentikannya, tetapi putera itu kemudiannya menjerit kepada mereka.

"Kamu bukan perempuan! Kamu bukan siapa-siapa! Saya seorang putera dan saya boleh lakukan apa sahaja yang saya mahu dan tiada siapa akan buat apa sahaja terhadap saya," jeritnya.

Wanita itu turut mendakwa putera itu pernah melakukan seks dengan lelaki lain dan mengambil dadah yang dipercayai kokain.

"Al Saud bertindak ganas dan memaksa pekerjanya untuk melakukan seks secara terbuka dan memalukan mereka di khalayak umum.

"Ini adalah contoh menggunakan kekayaan dan kuasa untuk mengenakan penderaan emosi dan fizikal ke atas mereka," kata Van Frish yang merupakan peguam kepada pekerja wanita itu.

Peguam kepada putera itu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Menurut Frish lagi, salah seorang jiran di situ telah menghubungi polis selepas mendengar jeritan anak guamnya yang cuba memanjat pagar di kediaman itu.

Putera itu ditahan kerana cuba memaksa wanita-wanita itu untuk melakukan seks oral.

Disebabkan tiada bukti kukuh, pihak berkuasa Los Angeles tidak meneruskan tuduhan feloni kepada putera itu tetapi akan dikenakan tuduhan kerana melanggar undang-undang. -AFP

Post a Comment