Tuesday 6 October 2015

PENSYARAH UNDANG-UNDANG DIBICARAKAN ATAS TUDUHAN MENGHASUT

azmi

6 OKT :   Mahkamah Persekutuan Putrajaya memutuskan bahawa Akta Hasutan 1948 yang digubal pada era kolonial mengikut Perlembagaan sekaligus pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom akan berdepan perbicaraan atas tuduhan menghasut.


Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang membacakan keputusan sebulat suara panel 5 hakim berkata, akta itu tidak bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kebebasan berucap, bersuara dan berhimpun.
“Bukan hak mahkamah menentukan sekatan yang dikenakan Parlimen,” katanya.
Dr Azmi mencabar kes itu yang menurutnya mencabuli Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan bersuara serta tidak digubal di Parlimen.
Kes beliau menjadi tumpuan kerana menjadi pendulu kepada rentetan siri dakwaan terhadap ahli politik pembangkang serta aktivis di bawah akta sama sebelum ini.
Azmi pada 2 September tahun lalu didakwa ekoran kenyataannya mengenai krisis Perak 2009 dan kaitannya dengan krisis menteri besar Selangor yang disiarkan sebuah portal pada 14 Ogos.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b), yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun.

No comments: