Sunday 22 April 2012

PROTON PREVE GAGAL UJI PANDU..???

Huh...Proton Preve Kantoi?

Beberapa keping gambar memperlihatkan sebuah model Proton Preve (untuk tujuan uji pandu) yang mana kedudukan tayar bahagian hadapannya (kanan) tercabut sedang tersebar dengan begitu meluas di media sosial sejak semalam.
Ramai yang memberikan pandangan dan komen tersendiri mengenai kejadian itu.
Sekali imbas, siapa yang hendak membeli atau mempercayai Proton lagi kan bila model pandu uji pun boleh rosak begitu pantas.
Namun, pihak Proton Edar telah tampil menjawab apa yang berlaku di fan page Facebook mereka.
Menurut Proton Edar, pada pukul 4.45 petang semalam, salah seorang penasihat jualan mereka terbabit dalam satu kemalangan ketika memandu dari Jalan Sentul menuju ke Jalan Pahang (Kuala Lumpur).
Penasihat jualan berkenaan kata mereka, telah melanggar pembahagi jalan hingga kereta berkenaan terangkat, dan ketika ia jatuh kembali, ‘lower arm’ kereta terbabit patah.
“Kami gembira penasihat jualan kami tidak cedera, namun unit uji pandu kami itu mengalami kerosakkan akibat kemalangan berkenaan,” katanya.
Pihak Proton Edar dalam kenyataan di Facebook mereka menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika memandu apa jua jenis kenderaan.

7 comments:

Anonymous said...

Nasib baik belom booking

Anonymous said...

ye ke.... x pecaya langsung crita ni... Yg peliknyer... bumper dpn x de ape2 kesan tu... Proton mmg hebat... hahahahah

AdyZ said...

langgar kene tie rod..bukan kene bumper..taw ke psl kete?

Anonymous said...

Sy bkn nak bangge dgn kete luar tp sy pernah lihat dpn mate sy sbuah kerete yg sy malas nak sebut name kete tersebut dlm keadaan laju melanggar devaider jln n terangkat dan jatuh terhentak tp masih boleh bergerak seperti biase...x de la spi patah....mase kejadian tersebut sy berade di belakang kete tersebut....faham2 jela jalan ke kuale selangor....klo blh pertingkatkan kualiti kerete...org x kisah klo rupe kurang menarik..tp org lebih utamekan keselamatan. ....

Anonymous said...

Ngape la bodo sgt korang ni. Tengok keadaan la macam mane die eksiden. Telur kalo picit side by side muda pecah. Kalo picit bontot dan kepale telur susa pecah. Ngape aku ckp telur? Korg try la. Kalo kete korg x mampu selain ngutuk ni. Kalo kete luar bagus sgt beli la org kaye. Puteri diana mati naek s class hahaha kapal terbang boeng pun boleh terhempas kerana kerosakan instrument. Mmg korang kolot dan bebal

Anonymous said...

aku pakai saga, x start lagi aku da masuk gear, bawa lasak2... xda pe2 pun... kadang ni, owg bila pikir negatif sangat kan, kereta 2 ada masalah sikit da nak salahkan produk malaysia ni low class. come on la, langgar devider ke tie rod ke, kalau bawak slow tp langgar xkena gaya pun boleh jadi dalam cita wanted wooo... ley flip flip flip flip landing elookkk jek... drive macam xda pe2... xpun macam filem hindustan, langgar batang pensel pun keta meletup melambung tinggi2.. kebabooomm...

Anonymous said...

dickhead