Tuesday 6 October 2015

PILIHANRAYA KAMPUS 2015 : PRO ASPIRASI SAPU BERSIH SEPARUH MASA PERTAMA


Pilihanraya Kampus 2015
Keputusan Separuh Masa Pertama
Tempoh 13 Sept - 5hb Okt 2015

Skor Separuh Masa Pertama:
Pro Aspirasi 10 - 0 Pro Pembangkang

Prestasi Pro Aspirasi...


UniSZA    28 - 0  100%
UPSI         23 - 6    79%
UKM        26 - 5    84%
UM           34 - 6     85%
UiTM       48 - 0     100%
UIAM       12 - 11   52%
USM         28 - 18   64%
UPM         33 - 12   73%
UniMaP   33 - 0    100%
UPNM      14 - 0    100% 

Total     279 - 58   83%

ANALISIS RINGKAS

1. Secara keseluruhan utk tempoh Separuh Masa Pertama...Pro Aspirasi memenangi di kesemua 10 IPTA yg telah melaksanakan Pilihanraya Kampus. Keputusan kemenangan bersih 100%.

2. Team Pro Kerajaan menang 100% kerusi di 4 buah IPTA iaitu di Unisza, Uitm, Unimap dan UPNM.

3. Pro Kerajaan juga mencatatkan kemenangan hebat dgn Menang Tanpa Bertanding 14-0 di UPNM utk kali ketiga berturut-turut bagi sessi 2013 sessi 2014 dan sessi 2015.

4. Sebanyak 279 kerusi atau 83% dari 337 kerusi yang dipertandingkan dimenangi oleh Pro Aspirasi Kerajaan.

5. Tinjauan umum memperlihatkan antara sbb pelajar-pelajar IPTA lebih cenderung memilih wakil pelajar dari kalangan Pro Aspirasi ialah:-

  • Pelajar sudah muak dengan karenah buruk pembangkang terutama kisah-kisah fitnah dan adu domba.
  • Pembangkang gagal menonjolkan imej yg baik kepada generasi muda.
  • Pelajar lebih percaya bahawa barisan kerajaan lebih kukuh dan ikhlas berbanding pakatan pembangkang yang tidak tetap pendirian.
  • Pelajar lebih percaya kepada usaha kerajaan untuk memperbaiki ranking dan pencapaian universiti. Konsep Soaring Upwards KPT sangat berkesan di kalangan pelajar-pelajar.
  • Pelajar semakin menerima keterbukaan pemimpin negara dan kerajaan berkaitan pelbagai isu negara.
  • Pelajar baru dan lama lebih selesa dan percaya kpd pihak HEPA untuk membantu kehidupan mereka di kampus dan dalam usaha untuk kebolehpasaran mereka. 
  • Pelajar kurang yakin dengan usaha pembangkang untuk menjana peluang pekerjaan berbanding kerajaan. Janji pembangkang disifatkan hanya janji kosong.

No comments: