Thursday, 13 March 2014

#MH370 - MEDIA ARAB SINDIR MALAYSIA GUNAKAN BOMOH SEBAGAI USAHA RUNGKAI MISTERI KEHILANGAN MH370


Di waktu seluruh dunia tertumpu pada Malaysia berikutan dengan insiden pesawat #MH370 hilang sabtu lalu, sekumpulan Raja Bomoh Sedunia VIP datang ke KLIA tanpa dijemput oleh mana-mana pihak dan ini amat memalukan Malaysia.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri memuatnaik satu gambar liputan berita mengenai Raja Bomoh oleh media Arab yang jelas amat memalukan negara Malaysia di Facebook miliknya.

Perbuatan bodoh, tahyul dan memalukan yang dilakukan sekumpulan bomoh tak diundang telah memberikan imej buruk kepada masyarakat negara ini. Pelbagai media antarabangsa melaporkan cerita bomoh di KLIA seakan-akan masyarakat Malaysia menerima sihir sebagai jalan terakhir untuk mencari dan menyelamat #MH370.

Media Arab menerbitkan laporan berita berkenaan dengan tajuk:

"Sihir, usaha terakhir rakyat Malaysia Untuk selesaikan misteri kehilangan kapal terbang."

Untuk pengetahuan semua, kedatangan Raja Bomoh ini tidak dijemput oleh mana-mana pihak. Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zain dan kumpulannya datang ke KLIA sendiri dan mencari publisiti murahan.

JAKIM juga telah mengeluarkan kenyataan media mengenai Raja Bomoh itu mengamalkan rawatan syirik, khurafat yang bercanggahan dengan agama Islam. (BACA SINI)

JAKIM juga telah meletakkan pegawainya di KLIA bagi memantau dan menghalang kumpulan ajaran sesat itu kembali ke KLIA.

Liputan Media antarabangsa mengenai bomoh ini secara tidak langsung memperlekehkan usaha pasukan Search and Rescue (SAR) Malaysia dan negara-negara lain. - My Media Hub (kredit TengokTVOnline)

UPDATE :

MEDIA KOREA pun turut mempersendakan ritual bomoh di dalam ikhtiar mencari kehilangan MH370..... Apabila ritual 'paranormal' dilakukan ditempat terbuka dan menjadi tontonan umum....macam-macam persepsi la jadinya....


No comments: