Thursday 13 March 2014

PARA PEGUAM BAR COUNCIL MENGAKU ANWAR MELIWAT SAIFUL.... SO, KEPUTUSAN 3 HAKIM MAHKAMAH RAYUAN TEPAT !!!!

Majlis Peguam menyifatkan hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak wajar kerana perbuatan tersebut ‘dilakukan atas dasar suka sama suka antara dua orang dewasa’.

Menurut Presidennya, Christopher Leong, kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya diguna pakai jika perbuatan itu dilakukan atas dasar paksaan, sedangkan dalam kes Anwar, perbuatan itu dilakukan atas dasar kerelaan mangsa.

“Tetapi adalah sesuatu yang ‘luar biasa’ untuk mengenakan hukuman sedemikian rupa sebanyak dua kali berturut-turut terhadap Anwar di negara ini atas kesalahan sebegini yang jarang diguna pakai.

“Kanun Keseksaan ini sangat baik, namun undang-undang ini yang diperuntukkan untuk kes ini hanya boleh digunapakai sekiranya dikuatkuasakan secara konsisten,” katanya.

Christopher berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar yang turut disiarkan laman web rasmi majlis berkenaan.

Pada 7 Mac lalu, Anwar dihukum penjara lima tahun setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan tersebut.

Panel tiga hakim berkenaan memutuskan demikian ketika membenarkan rayuan pihak pendakwaan setelah mendapati hakim bicara terkhilaf apabila menyatakan bahawa integriti sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes itu telah tercemar.

Christopher mendakwa, hukuman itu berasaskan kepada peruntukan ‘lapuk’ Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa satu jenayah.

“Melalui sabitan ini, kita boleh membuat persepsi bahawa Anwar telah dianiaya dan bukan didakwa. Kes ini juga telah banyak membazirkan wang rakyat dan masa selain menjadikan sistem perundangan negara tenggelam dalam ketidakadilan,” dakwa beliau.

Yang kat bawah ni....termengaku pulak !!!

Sumber  :  mymassa

No comments: