Saturday 7 September 2013

MENANG TANPA BERTANDING : PELAKON ANNE NGASRI DIPILIH KETUA PUTERI UMNO DATARAN MERDEKA


KUALA LUMPUR : Pelakon terkenal, Naszriah Ngasri atau lebih dikenali Anne dipilih sebulat suara sebagai Ketua Puteri UMNO cawangan Dataran Merdeka dalam mesyuarat cawangan itu di sini, sebentar tadi.

Cawangan berkenaan turut menyaksikan perubahan pucuk pimpinan apabila Naib Ketua Cawangan, Nor Adnan Zainal Abidin dipilih sebagai Ketua Cawangan berikutan kekosongan kerusi itu.

Difahamkan, penyandangnya, Datuk Ab Rauf Yusof melepaskan jawatannya bagi cawangan Dataran Merdeka serta Bahagian Bukit Bintang dan bertanding di Masjid Tanah, Melaka. 

No comments: