Saturday 7 September 2013

DENDA RM10 JUTA KEPADA MAS DAN AIRASIA


KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC) mendapati perjanjian kerjasama di antara Malaysian Airline (MAS) dan AirAsia pada 2011 telah melanggar Akta Persaingan 2010.
Dengan itu, kedua-dua syarikat masing-masing dikenakan denda RM10 Juta.

Pengerusi MYCC, Tan Sri Siti Norma Yaakob (gambar) dalam satu kenyataan berkata MAS dan Airasia telah melanggar Seksyen 42 (2b), Akta Persaingan 2010.

Mengikut Akta tersebut syarikat penerbangan tidak dibenarkan  terlibat di dalam kerjasama  membabitkan perkongsian pasaran penerbangan di dalam Malaysia.

Menurut norma tindakan itu merupakan satu kesalahan serius di bawah Akta itu kerana ia akan menghalang, mengehad dan mengubah persaingan di dalam pasaran barangan dan perkhidmatan.

Tambah norma lagi, denda  RM10 juta yang dikenakan kepada MAS dan Airasia itu adalah kurang daripada 10 peratus perolehan syarikat masing-masing  antara Januari dan April tahun lalu.

Kedua-dua syarikat diberikan masa 30 hari selepas tarikh denda dikeluarkan untuk menghantar surat perwakilan atau permohonan untuk melakukan perwakilan suara kepada MYCC.

No comments: