Thursday 7 March 2013

PM TIDAK TERIMA GENCATAN SENJATA... PERLU MENYERAH DAN LETAK SENJATA TANPA SYARAT

Jamalul Karam  Kiram mahu gencatan senjata bersyarat, tuntut Sabah adalah miliknya.....



LAHAD DATU –  Malaysia menolak gencatan senjata yang dicadangkan Jamalul Kiram III kerana pengganas Sulu masih berperang dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, dekat sini, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan pengganas Sulu wajib meletakkan senjata tanpa syarat.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini, sebentar tadi.

Najib juga mengumumkan bahagian timur Sabah meliputi Kudat, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau sebagai ‘kawasan perlindungan khas’ negara.
Menurut beliau lima batalion terdiri daripada pasukan polis dan tentera akan ditempatkan di bahagian berkenaan bagi memastikan kawasan tersebut kekal aman tanpa pencerobohan.
Lima bahagian yang diumumkan Perdana Menteri itu membabitkan kawasan operasi pembersihan saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 9 Februari lalu. Sumber http://mynewshub.my

No comments: