Thursday 7 March 2013

BN PERAK SERAH NAMA-NAMA CALON 'BERTAPIS' KEPADA PM

Image

BARISAN Nasional (BN) Perak telah pun menyerahkan senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk diperhalusi sebelum ianya dipertimbangkan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, berkata BN Perak telah pun mengemukakan cadangan yang sesuai dengan kriteria yang ditetapkan oleh Perdana Menteri dan juga rakyat.

"BN memerlukan calon-calon yang benar-banar dapat mewakili rakyat dan calon-calon yang boleh menang.

"Bagi parti kita mahu calon yang boleh menang,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di pejabatnya di Bangunan SUK Ipoh, hari ini.

Hadir sama, pada sidang media tersebut, Penasihat Menteri Besar, Datuk S. Veerasingan.

Dr. Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata, calon-calon yang boleh menang ini juga terdahulu perlu menjalani proses tapisan.

"Proses tapisan ini penting kerana kita tidak mahu ada calon-calon yang akhirnya bila dicadangkan tanpa melalui proses ini pada pertengahan perjalanan terpaksa berundur kebelakang.

"Tapisan-tapisan itu semuanya diserahkan di peringkat pusat dan ianya akan dimaklumkan kepada kita selepas itu,'' katanya.

No comments: