Thursday 7 March 2013

NUR MISUARI AKUI MNLF TERLIBAT DALAM PENCEROBOHAN LAHAD DATU....!!!


Setelah beberapa kali menafikan penglibatannya dengan kejadian pencerobohan di Lahad Datu, pemimpin MNLF, Nur Misuari kini mengaku bahawa tenteranya terlibat didalam insiden berdarah di Sabah yang kini mengorbankan 30 orang tersebut.
Didalam satu temubual ekslusif bersama media tempatan Filipina, SunStar Davao, Misuari mengaku ada sebilangan tenteranya terlibat didalam pencerobohan keatas kawasan negara Malaysia.
Bagaimanapun, dia menafikan bahawa tindakan kumpulan tentera terbabit mendapat arahan dari beliau sebaliknya mereka bertindak di atas kehendak sendiri.

“Mungkin kumpulan tentera terbabit bertindak diatas kapasiti sebagai ahli keluarga penduduk di kawasan Sabah dan saya tak campurtangan didalam hal yang sedemikian..”
“Jika benar saya terlibat, tak mungkin saya menghantar hanya 200 orang untuk berhadapan dengan pihak Tentera Malaysia, sebaliknya saya akan hantar kumpulan yang lebih ramai..” katanya.
“Apa gunanya 200 anggota tentera yang dihantar untuk berhadapan dengan kekuatan pasukan keselamatan Malaysia? Ini merupakan satu perjudian yang merugikan bagi Sultan Sulu sendiri dan ia bukannya cara saya bertindak..” tambah Misuari.
Sebelum ini sekeping gambar pertemuan sulit diantara Misuari dan Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim didedahkan oleh media Filipina. Ini telah menimbulkan spekulasi penglibatan Pakatan Rakyat didalam pencerobohan di Lahad Datu Sabah.
Sumber risikan dari pihak Tentera Filipina sendiri mengesahkan bahawa Pakatan Pembangkang di Malaysia adalah satu dari tiga kumpulan yang menjadi dalang dibelakang pencerobohan tersebut.
Anwar bagaimanapun menafikan dia terlibat dan mengugut untuk menyaman media di Malaysia tetapi tak berani untuk mengambil tindakan yang serupa kepada media asing serta pihak perisikan Filipina. mpp

No comments: