Thursday 6 September 2012

PEMILIH BARU : 7 LANGKAH PENGUNDIAN.......


KHAS UNTUK MEREKA YANG PERTAMA KALI NAK MEMBUANG UNDI......
TETAPI.... sekiranya anda adalah pemilih yang dah pernah mengundi tapi ingat-ingat lupa  langkah-langkah di tempat pengundian.... apa salahnya kalau nak baca, tambahkan pengetahuan.....
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini telah mengeluarkan panduan mengenai tujuh langkah membuat pengundian dengan betul semasa PRU13 nanti.
Menerusi laman web SPR, panduan berkenaan dikeluarkan melalui lukisan poster berserta maklumat terperinci tentang apakah yang perlu dilakukan oleh pengundi semasa berada di pusat mengundi yang berkenaan.
Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut-
1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.
2. Serahkan MyKad/ Dokumen Pengenalan dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk periksa dan pastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
3. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.
4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar
pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
5. Maju ke petak undo dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon saja.
6. Masukkan kertas undi di dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
7. Keluar segera dari Tempat Mengundi. Jadi bagi mereka yang pertama kali mahu mengundi, panduan ini amat membantu anda untuk mengetahui keadaan sebenar pada hari mengundi nanti.
Selamat menjalankan tanggungjawab anda!
Sumber : The Merdeka Online
Pssst.... Undi BN!!!!!

No comments: