Showing posts with label SUARAM. Show all posts
Showing posts with label SUARAM. Show all posts

Thursday, 6 September 2012

SUARAM DAPAT DANA DARI KEDUTAAN JERMAN..???


Kedutaan Jerman Akui Salur Dana Kepada Suaram


KUALA LUMPUR : Kedutaan Jerman di sini mengaku menyalurkan dana kepada Suara Inisiatif Sdn Bhd, syarikat yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr Guenter Georg Gruber berkata, kedutaan membiayai inisiatif-inisiatif projek spesifik.
"Projek dengan Suaram adalah pada 2010 yang kami telah buat penilaian," katanya dan menurutnya beliau tidak ingat projek itu berkaitan apa dan "jumlah (dana) adalah terhad".
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Universiti Malaysia Pahang dan dua syarikat Jerman di sini Rabu.
Siasatan awal oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati wujud transaksi dana antara Suara Inisiatif, yang didaftar di bawah Akta Syarikat 1965, dan Suaram.
SSM telah dikritik oleh beberapa NGO atas dakwaan gagal bertindak terhadap Suaram yang, antara lain mengaku menerima dana daripada negara-negara asing.
Kritikan itu berikutan laporan bahawa Suaram bukan sebuah NGO tetapi sebaliknya adalah sebuah syarikat iaitu Suara Inisiatif Sdn Bhd.
Ketika ditanya sama ada kedutaan itu akan membiayai projek lain Suaram, Duta itu berkata, kedutaan akan mengkaji mana-mana cadangan "mengikut penilaian kami".
"Kami juga menyokong Majlis Peguam berhubung hak masyarakat pribumi. Kamilakukannya setiap masa. Ini adalah sebahagian sistem nilai-nilai kami," katanya. - BERNAMA

Tuesday, 4 September 2012

JMM DAKWA ADA BUKTI TRANSAKSI DANA ASING UNTUK SUARA INISIATIF



PETALING JAYA : Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pada Selasa mendakwa mempunyai bukti transaksi dana asing yang melibatkan Suara Inisiatif Sdn Bhd (Suara Inisiatif), sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, dokumen itu menunjukkan transaksi dana antara Suara Inisiatif dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari luar negara.
“Saya menerima dokumen berkenaan pada pagi ini (Selasa). Selepas membuat penelitian awal, saya boleh katakan ia adalah 99 peratus betul.
“Selepas menelitinya secara terperinci di pihak JMM, saya akan bawanya kepada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) bagi membincangkan mengenainya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.
Azwanddin bagaimanapun enggan mendedahkan nama NGO tersebut, sumber maklumat dan nilai transaksi dana berkenaan.
“Itu saya tidak dapat dedahkan buat masa ini tetapi saya menerimanya daripada seseorang. Saya akan berbincang dan mendapatkan nasihat daripada SSM dalam sehari dua lagi sama ada ia boleh didedahkan secara terbuka atau tidak,” katanya.
Azwanddin pada 1 Julai lalu mendakwa Suaram bukan sebuah NGO tetapi mendapati ia merupakan sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif berdasarkan semakan dokumen SSM.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri pada Isnin mengakui terdapat kaitan antara Suaram dan Suara Inisiatif dari segi transaksi dana berdasarkan hasil siasatan awal.
“Sebab itulah mereka (SSM) kena panggil kita. Bukan baru tunggu semalam (Isnin) untuk beri penjelasan. Kalau tidak mahu dedahkan secara terbuka kerana ia masih dalam siasatan, mereka sepatutnya berhubung terus dengan kita,” katanya.
Beliau bagaimanapun mengharapkan supaya desakan dan gesaan oleh JMM tidak disalahertikan kerana ia bertujuan untuk membantu negara dan kerajaan.
“Apa yang kita buat adalah satu teguran dan meminta supaya semua agensi dan jabatan kerajaan bertindak dengan lebih proaktif dan memberi kerjasama dengan semua NGO di negara ini.
“Suara Inisiatif dikesan mendapat dana asing dari luar negara dan kita tidak tahu apa agenda mereka.
"Sebab itu kita dedahkannya supaya siasatan segera diadakan,” katanya lagi.
Berdasarkan hasil siasatan awal oleh SSM, Suara Inisiatif yang didaftarkan agensi itu di bawah Akta Syarikat 1965 didapati menyalurkan dana kepada Suaram, yang menunjukkan terdapat kaitan antara kedua-duanya.
Ismail Sabri berkata, beberapa kebarangkalian kesalahan dikesan tetapi belum dipastikan sama ada betul atau tidak kerana siasatan masih dijalankan.

Wednesday, 4 July 2012

CYNTHIA GABRIEL PEMBOHONG BESAR - SSM


Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menafikan laporan kononnya suruhanjaya tersebut membuat pemeriksaan ke atas premis kumpulan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) petang semalam.

SSM sebaliknya melalui satu kenyataan media menjelaskan bahawa pihaknya membuat pemeriksaan terhadap syarikat Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) di premis yang terletak di Gasing Indah, Petaling Jaya, Selangor tersebut.

“SSM menjalankan pemeriksaan rutin ke atas Suara Inisiatif yang dikaitkan dengan Suaram di premis perniagaan tersebut. Pemeriksaan yang dijalankan SSM untuk memastikan syarikat mematuhi peruntukkan Akta Syarikat 1965 seperti yang biasa dijalankan terhadap syarikat lain,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, pegawai SSM dibenarkan oleh undang-undang untuk memasuki mana-mana premis bagi tujuan tersebut mengikuti Seksyen 7B Akta Syarikat 1965 tanpa memerlukan waran untuk menjalankan pemeriksaan rutin tersebut.

Justeru, kata kenyataan itu, laporan sebuah portal berita bahawa sekumpulan pegawai SSM terpaksa berpatah balik semasa hendak melakukan pemeriksaan ke atas premis tersebut kerana waran tidak sah petang semalam sebagai tidak tepat.




Sehubungan itu, SSM menggesa semua pihak memberi kerjasama kepada pegawai SSM dalam menjalankan tugas mereka.

Sebuah portal berita semalam melaporkan sekumpulan pegawai SSM yang datang untuk melakukan ‘pemeriksaan rutin “di premis kumpulan hak asasi manusia, Suaram, pada kira-kira jam 3 petang terpaksa berpatah balik kerana waran mereka tidak sah.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dipetik berkata, waran mesti ditandatangani oleh pendaftar tetapi waran berkenaan tidak ditandatangani dan kumpulan pegawai SSM tersebut hanya disertai seorang timbalan.

Menurut Gabriel, pegawai dari SSM itu mahu menemubual kakitangan Suaram serta melihat dokumen dan akaunnya.

Sebuah akhbar pada 1 Julai lalu melaporkan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) meminta Suaram menjelaskan kedudukan sebenar pertubuhan itu kerana semakan di SSM mendapati ia merupakan syarikat swasta yang mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010.

Presidennya, Azwanddin Hamzah dilapor berkata, menerusi semakan dokumen awam SSM, Suaram adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

sumber : AIDC
LAGI.... DI SINI

Monday, 2 July 2012

SUARAM CUMA BERNILAI RM2.......???


Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bukan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi sebaliknya sebuah syarikat swasta dengan modal berbayar RM2. Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati ia merupakan syarikat swasta yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn Bhd.

 "Menurut dokumen SSM, pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua-dua mereka sebagai pengarah pada 7 Jun 2004.
Kua kia siong pengarah SUARAM

 "Dokumen itu menyatakan bahawa jumlah pendapatan syarikat ini adalah RM497,137 pada 2009 dan RM411,226 pada 2010," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

 Katanya Suaram, yang didakwa berjuang untuk demokrasi dan hak asasi manusia, turut tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai NGO. Oleh itu, beliau meminta Suaram memperjelaskan niat sebenar, motif dan identiti penyumbang sumber kewangan kepada badan itu.

 Katanya berdasarkan semakan dengan SSM, Suara Inisiatif adalah sebuah organisasi yang tidak bermotif keuntungan dengan aktiviti utamanya adalah menganjurkan kempen mengenai hak asasi kemanusiaan serta aktiviti berkaitan. BERNAMA

Tuesday, 19 June 2012

MALANGNYA... TIADA RAKYAT MALAYSIA YANG DI SAPINA OLEH MAHKAMAH PERANCIS...!!!




Melihat namanya.... SUARAM... sesuai sekali singkatan kepada Suara Anak Haram.... Pembela Pakatan Haram Pembangkang yang sentiasa create fitnah dan kemudian menyebarkannya di alam cyber demi untuk memalukan dan sekaligus merealisasikan cita-cita paling besar mereka, menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.


Pada mulanya,mereka menuduh bahawa PM telah mengambil rasuah sejumlah EURO 114 juta melalui syarikat bernama Perimekar tetapi kemudiannya disahkan bahawa bayaran itu dibuat kepada Perimekar untuk menampung khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun. Oleh itu, sekiranya benar EURO 114 juta telah dibayar kepada PM sebagai rasuah dan bukan diterima oleh Perimekar, maka ini bermakna Perimekar telah memberi khidmat secara percuma selama 6 tahun yang mana tidak masuk akal sama sekali.

Wednesday, 6 June 2012

BUKTI SUARAM DITAJA USD90K UNTUK PANASKAN ISU SCORPENE..!!!


SUARAM telah memulakan gendang perang untuk menyerang Kerajaan dalam isu kapal selam.
Isu Scorpene: Suaram gesa k'jaan jelas peranan Terasasi


Suaram menggesa kerajaan menjelaskan peranan Terasasi (Hong Kong) Sdn Bhd yang didakwa menjual rahsia negara kepada syarikat Perancis berhubung urusniaga RM4 bilion untuk membeli kapal selam Scorpene.
"Setakat ini, perana Terasasi masih belum dijelaskan di Parlimen Malaysia.

"Kerajaan Malaysia perlu menjelaskan perkara ini dan peranan yang dimainkan Abdul Razak Baginda dalam transaksi (melibatkan kertas penilaian Scorpene)," kata penasihat Suaram Kua Kia Soong (kanan).

Abdul Razak dan bapanya merupakan pengarah Terasasi, sebuah syarikat yang muncul dalam siasatan Suaram ke atas syarikat pembina kapal Perancis, DCNS, dalam kes penjualan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia.

Terasasi didakwa menerima sejumlah 36 juta euro (RM142 juta) daripada DCNS – antara lainnya untuk 'jualan' laporan sulit melibatkan penilaian tentera laut Malaysia ke atas pesanan untuk kapal selam itu.

Kua dalam satu emel kepada Malaysiakini semalam berkata, satu inkuiri perlu dibuat ke atas dakwaan serius itu.
Dari sumber malaysiakini

Apa yang ramai rakyat Malaysia tidak tahu adalah siapa di sebalik SUARAM untuk mainkan isu ini.

Dalang di belakang SUARAM bukan sebarangan pihak, tetapi pihak yang telah berjaya menjatuhkan Kerajaan-kerajaan di dunia yang tidak selari dengan Amerika Syarikat.

Untuk isu kapal selam, SUARAM telah menerima dana sebanyak USD90,000 bersamaan dari RM286,332.99 untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional. Ini buktinya.




Jika anda tidak percaya, anda boleh semak sendiri DI SINI 

Nampaknya NGO pembangkang yang diterajui oleh Bukan Melayu mula main kotor untuk menumbangkan Kerajaan.  

Untuk mengetahui siapa di belakang NGO ini yang berani menjual Malaysia kepada negara luar, sila tonton video ini.


 


*Sanggupkah anda menjual negara anda demi kuasa?
sumber