Tuesday 9 October 2012

TERKEJUT! TERIMA WANG KERTAS ADA 2 KEPALA !!!!!

Wang kertas ganjil yang mempunyai dua wajah gabenor.


TAWAU  : Seorang kakitangan awam terkejut selepas mendapati wang kertas tulen RM10 miliknya terpampang jelas dua gambar wajah gabenor Bank Negara.

Menurut Lim Chee Kah, 48, wang kertas berkenaan berbeza dengan wang kertas kebiasaannya yang hanya tertera jelas satu wajah gabenor.

“Saya mendapat wang ini di Pasar Pagi di Tanjung Malim Perak semasa sedang membeli-belah,” katanya.

Beliau hanya perasaan keganjilan wang berkenaan ketika tiba di rumah dan mendapati ianya berbeza dengan wang kertas lain miliknya.

“Tujuan saya mendedahkan wang ini hanya untuk berkongsi dengan orang ramai,” katanya.

Beliau yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Perguruan Kampus Tawau menyifatkan penemuan wang kertas pelik itu sebagai satu `feng shui’ bagi kepercayaan kaum Tionghua.

Beliau pada masa ini tidak berniat untuk memberikan atau menjual wang kertas berkenaan kepada sesiapa dan akan menyimpannya untuk tujuan koleksi.

Utusan Borneo 9/10/12

No comments: