Tuesday 9 October 2012

GEMPAR!!! BAYI LAHIR DARI IBU YANG SUDAH MENINGGAL....



Terkejut, seorang bayi lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2 hari membuat dunia perubatan gempar.  Secara logik, bagaimana ia boleh berlaku?


Mahmoud Soliman (29), ayah kepada bayi ajaib tersebut tidak pernah membayangkan akan merasakan kesedihan yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa.



Isterinya, Jayne Soliman, 41, yang meninggal dunia akibat dysfunction otak meninggalkan seorang bayi kecil yang cantik setelah meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan cesar.
Menurut suaminya, Jayne Soliman tidak pernah merasa apa jua masalah. Namun sewaktu usia kehamilannya hampir 25 minggu, ia merasakan sakit kepala.



Jayne yang dikejarkan ke Hospital John Radcliffe Hospital Oxford telah disahkan doktor bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan.
Sementara itu, pelbagai cara telah dilakukan agar jantung Jayne tetap boleh berdenyut. Namun usaha itu tidak dapat membantu nyawa Jayne, tapi hanya dapat membantu si bayi yang berada di dalam rahimnya agar dapat diselamatkan.
Setelah dua hari pasukan doktor bekerja keras dan akhirnya bayi ajaib tersebut boleh diangkat keluar dengan pembedahan cesar.



Selepas pasukan doktor telah berjaya melahirkan bayi dari rahim Jayne, bayi kecil tersebut diletakkan di bahu ibunya sebelum dibawa ke unit rawatan intensif.
Bayi tersebut diberi nama Aya diambil dari bahasa arab yang bererti keajaiban. Itulah nama yang mahu diberikan si ibu, Jayne, sewaktu dia masih hidup.

No comments: