Tuesday 9 October 2012

HANGIN AKIBAT KURANG SABAR, TUMBUK KACA KAUNTER HOSPITAL


SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN..... jika anda bersabar itu menunjukkan anda adalah orang beriman. Tetapi jika sebaliknya.... bermakna diri anda sedang dikuasai syaitan..... Teman masih ingat lagi kata-kata itu yang dilafazkan oleh seorang ustaz suatu masa dulu ketika teman ikut ibu mengaji di surau di kampung teman.


Walau sudah berpuluh tahun dulu, tetapi kata-kata yang baik akan sentiasa diingati jika ia diamalkan selalu. Entry berikut adalah mengenai seorang lelaki yang hilang sabar apabila tidak puas hati dengan layanan yang diterimanya ketika membuat bayaran di kaunter hospital...... 

Seorang bekas tentera dilaporkan mengamuk dengan memecah cermin kaunter pendaftaran Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, hari ini kerana tidak puas hati dengan layanan seorang petugas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Anuar Osman berkata, dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan marah apabila petugas kaunter itu enggan menerima wang pendahuluan RM150 bagi membiayai rawatan isterinya daripada jumlah keseluruhan RM800.
“Lelaki berkenaan membawa isterinya, seorang warga Indonesia, menjalani rawatan di hospital tersebut dan disebabkan terpaksa menerima rawatan lanjut, dia perlu membayar jumlah kesemuanya RM800″, katanya Anuar.
Polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada petugas hospital berkenaan dan siasatan sedang dijalankan, katanya.
Ketika kejadian petugas terbabit melarikan diri bimbang dicederakan.
- BERNAMA

***Biasale yop.... warga asing memang bayaran mahal sikit... kena faham ler.... itu ler antara risiko kawin dgn bukan warganegara.... lain ler org kaya atau jutawan.... Apa hal nak hangin pulak, diorang tu jalankan tugas aja!!!

No comments: