Tuesday 9 October 2012

ISU KAPAL PERANG USA DI PELABUHAN KELANG





Kelmarin Bernama melaporkan.......

Kapal induk pesawat udara Amerika Syarikat (AS) USS George Washington melakukan persinggahan sulung di Pelabuhan Klang hari ini, bertujuan antara lain mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia.

Pegawai Pemerintahnya Kapten Greg Fenton berkata persinggahan selama lima hari itu akan memberi peluang kepada pelayar untuk memperluaskan kefahaman mereka mengenai persekitaran maritim Malaysia.

"Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada mereka.

"Pelayar kami menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada di sini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat," katanya kepada kumpulan pemberita yang dibawa melawat kapal berkenaan, di Port Klang Cruise Centre, di Pelabuhan Klang.

Antara projek komuniti berkenaan ialah kerja sukarela di sekolah untuk kanak-kanak pelarian Myanmar dan rumah kanak-kanak Juara-Glad Tidings Home, katanya.

Fenton berkata anak kapal juga akan bertemu keluarga rakyat Amerika yang berada di Pelabuhan Klang menerusi program Kuala Lumpur American Sailor Socials (KLASS).

Sementara itu katanya lebih 500 orang kenamaan Malaysia termasuk pegawai tentera akan dirai dalam satu majlis di atas kapal itu esok.

USS George Washington yang berkhidmat sejak 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan Malaysia dan pegawai tentera.

Kapal itu bersama sayap udaranya Carrier Air Wing 5, menyediakan pasukan siap siaga untuk bertindak yang melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik.

HARI INI SEBAGAI MENJAWAB SEMUA PERSOALAN KENAPA KERAJAAN MALAYSIA MEMBENARKAN PERSINGGAHAN KAPAL PERANG TERSEBUT, MENTERI PERTAHANAN, DATUK SERI DR. ZAHID HAMIDI MEMBERIKAN JAWAPANNYA, SEBAGAIMANA YANG DILAPORKAN BERNAMA......

Malaysia tidak akan dijadikan pangkalan tentera asing

KUALA LUMPUR  - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Malaysia tidak akan dijadikan pangkalan tentera asing, justeru rakyat tidak perlu bimbang dengan perkara tersebut. 
"Lawatan muhibah tentera laut dari negara-negara sahabat jangan dianggap sebagai mendedahkan Malaysia sebagai tempat adu domba percaturan politik. 
"Mereka tidak pernah membawa masuk dana asing untuk membiayai aktiviti badan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik sebagaimana yang dibuat oleh beberapa pihak," katanya kepada Bernama, di sini hari ini. 
Beliau diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS Mahfuz Omar menerusi portal berita Keadilan Daily, yang menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjadikan Malaysia sebagai percaturan politik dunia dengan menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara ini. 
Mahfuz merujuk kepada kehadiran kapal perang USS George Washington yang singgah di Pelabuhan Klang pada Ahad dan dilaporkan persinggahan sulung selama lima hari itu bertujuan antara lain mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia.

No comments: