Thursday, 5 July 2012

WAJIB PERTAHANKAN SAR....




Ustaz Kazim Elias berceramah di atas Toyota Hilux bersebelahan dengan Sekolah Agama Rakyat yang paling dibenci oleh PKR dan Pas Gopeng.

Ustaz Kazim mengupas isu ini secara lebih mendalam kenapa kita sebagai umat yang beragama Islam wajib mempertahankan SAR ini. Bukannya kita sebagai umat Islam bersekongkol dengan kafir harbi iaitu kafir yang menentang Islam untuk membantah pembinaan SAR di taman Pegoh Aman ini.

Walau apa alasan sekalipun samada tiada papantanda dan tiada pagar keselamatan seperti yang didakwa hari ini, sebenarnya itu bukan isunya. Isunya adalah untuk membina sekolah untuk anak-anak umat Islam menimba ilmu kenapa banyak sangat songehnya.

Sebelum ini Pas membantah bersama Lee Bon Chye kononnya SAR ini telah menghalang pemandangan kaum cina ke arah padang tetapi apabila kita melihat kembali SAR terletak jauh dari rumah mereka.

Kemudian mereka mempertikaikan pula SAR tiada mendapat kelulusan, apabila kita menunjukkan kelulusan daripada exco dan kini Pas dan PKR mengatakan pula SAR tiada papan tanda dan pagar keselamatan.

Jadi sekarang isunya adalah PAS dan PKR memang mahukan Sekolah Agama Rakyat diruntuhkan supaya mereka mendapat undi cina sepenuhnya.

No comments: