TRIPOLI – Pilihan raya Libya semalam mampu memberi kuasa kepada golongan Islam tetapi puak liberal di bawah kepemimpinan arkitek pemberontakan yang menumbangkan bekas pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi, berkata mereka yakin akan menang.
Dengan lebih 100 parti bertanding dalam pilihan raya itu, negara yang tiada sejarah demokrasi dan tiada teknologi pilihan raya, sukar meramalkan pembentukan Kongres Umum Kebangsaan.
Namun tiga parti dilihat sebagai pesaing utama, termasuk Pakatan Tentera Kebangsaan, diketuai Perdana Menteri ketika peperangan melanda negara itu, Mahmud Jibril, yang berdepan cabaran sengit parti Islam, Keadilan dan Pembinaan serta Al-Wattan.
“Kami tidak melakukan tinjauan pendapat, jadi, kami tidak tahu sejauh mana kekuatan dan kelemahan kami,” kata pemimpin parti dalam gabungan itu, Ali Tarhuni, yang bertindak sebagai Menteri Minyak dan Kewangan pemberontak Libya ketika konflik tahun lalu.
Pengaruh kebangkitan Arab
Angin pemberontakan di dunia Arab yang membawa kepada penguasaan parti Islam di Tunisia dan Mesir mungkin memberikan keputusan yang sama semalam dalam pilihan raya pertama negara itu sejak kejatuhan Gaddafi.
Ketua parti Keadilan dan Pembinaan yang dilancarkan Ikhwanul Muslimin di Libya, Mohammed Sawan, berkata partinya mendapat sokongan akar umbi di negara itu, tidak seperti teknokrat yang liberal.
“Kami percaya Kongres kebangsaan perlu memiliki blok kukuh yang mempunyai sokongan popular di seluruh negara,” katanya.
Sawan menambah, partinya mensasarkan untuk menguasai kongres menerusi kerjasama dengan parti seperti Al-Wattan, yang menarik perhatian dengan populariti anggotanya seperti bekas pejuang, Abdelhakim Belhaj, dan Barisan Kebangsaan. – ANP/AFP
****100 PARTI UNTUK 6 JUTA PENDUDUKNYA.....???
No comments:
Post a Comment