Sunday 8 July 2012

GEMPAR..!!! KALAI VANAR BURU SALAHUDDIN AYOB...!!!




Kaum India diketuai oleh Kalai Vanar masih terus memburu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kerana didakwa menghina perayaan Thaipusam yang disamakan seperti demontrasi jalanan, BERSIH 3.0. Naib Presiden PAS didakwa berkata demikian ketika debatnya bersama Datuk Saifuddin Abdullah anjuran Sinar Harian 19 Jun di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 17, Shah Alam.

 “Inikah PAS untuk semua ?,” kata wakil kaum India kepada YB Khalid Samad wakil Salahuddin, ketika kaum India mahu berjumpa dengan Naib Presiden PAS di bangunan parlimen, 2 Julai. “Yang you janji demokrasi, belum berkuasa sudah ini macam..kalau sudah berkuasa besok, Depavali pun jadi haram,”katanya lagi.

 Pada 27 Jun lalu, Kalai Vanar bersama beberapa NGO India telah berkumpul di hadapan parlimen bagi mendesak Salahuddin Ayub memohon maaf kepada masyarakat India di atas kenyataannya itu. Kalai Vanar berkata, Thaipusam adalah upacara keagamaan yang menyaksikan masyarakat Hindu melaksanakan nazar serta menyembah tuhan, dan bukan berbentuk demonstrasi jalanan. 

 “Kenyataan ini mengundang rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat India. Kami hairan bagaimana seorang Anggota Parlimen yang matang boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian, lebih-lebih lagi dengan mengaitkan dan mengutuk upacara keagamaan dan kepercayaan sebuah kaum.

 “Beliau tidak boleh mengaitkan Bersih dengan upacara agama kami Thaipusam. Kami mahu dia turun sekarang dan mohon maaf kepada kaum india,” katanya.

No comments: