KUALA LUMPUR - Hukuman penjara 13 tahun dan denda lebih RM2 juta yang dijatuhkan ke atas seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam membuktikan badan itu tidak melindungi sesiapa sahaja yang terpalit dengan rasuah. Berita penuh < di sini >
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, kes itu yang disiasat pegawai SPRM dan pendakwaan oleh Bahagian Pendakwaan SPRM, turut membuktikan SPRM tidak "memilih bulu" dalam membanteras gejala yang mampu meranapkan negara itu.
"Saya mahu semua orang jelas bahawa kami tidak bertoleransi dengan rasuah.
Pegawai (SPRM) baik macam mana pun, jika terlibat dengan perkara yang menjejaskan integriti terutama rasuah, kami akan ambil tindakan.
"SPRM anggap kes ini amat serius. Saya harap ia dapat memberi kesan literal dan juga "signal" kepada semua pegawai kerajaan termasuk SPRM supaya tidak terlibat dengan rasuah," katanya kepada pemberita hari ini.
No comments:
Post a Comment