Saturday 9 June 2012

AKIBAT ADEGAN AZMIN DALAM JAMBAN, PREMIS PELACURAN DI KAMAR MANDI KENA SERBU..!!!



KLANG: Ada premis pelacuran yang berselindung di sebalik pusat urut kesihatan kini dikatakan meniru gaya operasi pusat pelacuran ala Bangkok apabila menawarkan khidmat seks di kamar mandi bagi pelanggan melampiaskan nafsu.

Taktik terbaru itu terbongkar apabila sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menyerbu sebuah premis urut di Jalan Casarina, Bandar Botanik, di sini, kelmarin.

Modus operandi pusat itu ialah pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat urut dan seks hanya perlu memilih wanita warga asing disediakan dan selepas membuat pembayaran, mereka dibawa ke tingkat dua premis dengan pelayan akan menjalankan urutan dalam kamar mandi khas yang mempunyai katil kalis air yang turut menawarkan khidmat urutan ‘badan ke badan’ (B2B) mengikut waktu dipersetujui.


Selepas itu, pelanggan boleh mendapatkan layanan tambahan daripada pelayan sama ada mengadakan hubungan seks dalam kamar mandi mengikut bayaran ditentukan pelayan selepas tawar-menawar.

Dalam serbuan kira-kira jam 9.40 malam itu, dua lelaki dipercayai bapa ayam ditahan bersama 15 tukang urut termasuk yang asyik melayan pelanggan.


Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, semua wanita warga asing yang ditahan itu berusia antara 18 dan 34 tahun masing-masing lima dari China dan 10 dari Vietnam.



Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan dan seorang lagi warga China berusia 30-an dipercayai penjaga wanita asing terbabit.

“Semua wanita ditahan dipercayai menawarkan khidmat seks dan urutan dengan kadar bayaran RM85 untuk urutan manakala RM110 untuk khidmat B2B.

“Siasatan awal mendapati wanita berkenaan baru pertama kali menjejakkan kaki ke negara ini dan bekerja sebagai pelayan pelanggan berdasarkan cop pada pas lawatan mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Katanya, premis itu yang pertama di negeri ini yang menawarkan khidmat seks di enam kamar mandi yang turut mempunyai tilam kalis air yang digunakan untuk melakukan urutan sebelum mengadakan hubungan seks.


“Premis ini pernah diserbu beberapa kali kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen sah dan memiliki kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau kehadiran pihak berkuasa.


“Hasil siasatan juga mendapati premis itu menawarkan khidmat seks berdasarkan penemuan 12 kondom yang disorok dalam laci milik penjaga,” katanya.


Rohan Shah berkata, selain wanita asing, terdapat lima lelaki tempatan dipercayai pelanggan berusia antara 25 dan 35 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan. Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk siasatan lanjut.


“Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 372 dan 373 Kanun Keseksaan manakala penjaga premis disiasat mengikut Seksyen 55B, Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji pekerja asing tanpa pas dan permit sah,” katanya.



sumber : myMetro

No comments: