Saturday, 9 June 2012

DEMI KUASA POLITIK, NIK AZIZ SANGGUP BUAT LAPORAN JAHAT...!!!



Kalau benarlah seperti yang dilaporkan, Nik Aziz mengatakan, Nabi s.a.w berpindah dari Makkah ke Madinah sebab 'nakkan kerusi', orang tua yang menjadi Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan itu jelas sungguh keterlaluan jahilnya tentang individu sanjungan umat itu.

Mungkin kerana terlalu hendak membuktikan Mufti Perak tidak cukup ilmu berbandingnya, Nik Aziz telah mengeluarkan kenyataan yang membuatkan kedudukannya selaku orang yang dianggap sebagai ulama sebagai orang tua jahat!

Bagaimana seorang yang mengaku memperjuangkan Islam, tergamak mengeluarkan kenyataan seperti itu?

Apakah Muhammad bin Abdullah s.a.w seorang manusia biasa, setaraf dengan ahli-ahli politik dunia dan tugasnya hanyalah membesarkan sebuah wilayah kekuasaan yang dikenali sebagai Negara Islam?

Atau sebenarnya Nabi Muhammad s.a.w hanya menyampaikan dakwah dan menjalankan tanggungjawabnya selaku Utusan Allah berasaskan kepada prinsip Iman, Islam dan Ihsan?

Tiada sebarang nas dan dalil yang menyatakan bahawa perpindahan atau hijrah Nabi s.a.w ke Madinah berobjektifkan kuasa pemerintahan sepertimana yang difahami oleh Nik Aziz dan dihadam oleh para pengikut PAS yang benak ilmu.

Kalau benarlah seperti yang difikirkan dan dinyatakan oleh Nik Abdul Aziz kononnya Nabi s.a.w berpindah ke Madinah untuk 'mendapatkan kerusi kuasa', baginda sebenarnya tidak perlu pun berbuat demikian. Cukup dengan mengangkat munajat kepada Allah Taala, maka seluruh Makkah, bahkan seluruh umat manusia akan mengikut baginda tanpa banyak soal. Malah, dengan tawaran yang diterimanya, baginda tidak sahaja akan menjadi raja, bahkan MAHARAJA bagi negara-negara besar pada waktu itu seperti Parsi, Rom Timur dan Rom.

Bagaimanapun, seperti yang telah dibuktikan oleh sirah, baginda bukan pengejar kuasa. Nabi Muhammad s.a.w dalam tugasnya, tidak berobjektifkan dan bermotifkan kuasa politik. Negara Islam seperti yang dihajatkan oleh PAS, tidak muncul pada zaman Nabi s.a.w dan para Sahabat r.a. Sebaliknya yang diwujudkan pada waktu itu adalah masyarakat yang berpegang teguh kepada akidah dan menjalankan tanggungjawab selaku seorang muslim dengan penuh kesungguhan tanpa sebarang jalan pintas sama ada untuk ke syurga, mahupun untuk melihat Madinah bertukar menjadi Negara Islam.

Hanya selepas amalan dan kefahaman Islam yang dilazimi secara istiqomah serta mendalam, barulah sebuah kelompok pemerintahan berdiri. Pun begitu, ia tetap tidak dinamakan sebagai Negara Islam sebaliknya Allah Taala menjadikannya sebagai warisan keluarga dalam bentuk Dinasti Pemerintah.

Makna kata, bukan semua orang boleh jadi pemerintah seperti yang difahami oleh PAS dan golongan bebal ilmu!!!

Harap-harap, apa yang dilaporkan itu, bukanlah keluar dari mulut Nik Abdul Aziz, sebaliknya tersalah lapor. Atau satu lagi MANTIQ BAHASA yang seringkali dijadikan alasan untuk menjaga kesalahan lisan Mursyidul Am PAS itu.




No comments: