Saturday, 9 June 2012

KHALID PATUT DI HARAMKAN DARI UITM...!!!




Pelajar jurusan Undang-Undang UiTM Shah Alam, 22, yang mencetuskan kontroversi dan menjadi buruan ramai pelajar dan bukan pelajar akibat kebiadapannya terhadap Perdana Menteri dan anggota polis sewaktu terkinja-kinja di Dataran Merdeka bagi memansuhkan PTPTN dan mengadakan pendidikan percuma serta sewaktu BERSIH 3.0.

Lebih memalukan apabila perbuatan Khalid Ismath itu dianggap sebagai alat penyebaran pembangkang seperti yang dinyatakan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Sahol Hamid Abu Bakar.



Melihat kepada gambar-gambar tragedi jelas bahawa Khalid Ismath itu telah termakan rasukan dan racun daripada Pakatan Pembangkang. Begitupun, dengan usia sebegitu dan merupakan seorang pelajar IPT, apakah Khalid Ismath itu tidak berfikir sebagai seorang mahasiswa?


Atas tindakan biadapnya itu, Khalid Ismath telah dijatuhkan hukuman digantung pengajian tiga semester. Bagaimanapun, hukuman itu tidak setimpal dengan kelakuan yang dilakukannya. Malah, selayaknya Khalid Ismath itu dibuang terus dari UiTM bagi memberikan pengajaran kepada pelajar-pelajar lain.

Perbuatan Khalid Ismath bukan saja memalukan dirinya malah sekaligus mencemarkan nama baik UiTM yang selama ini dikagumi pencapaiannya dalam melahirkan pelajar berwibawa. Namun, hanya disebabkan seorang pelajar bernama Khalid Ismath yang berperangai seperti beruk itu telah menyebabkan keseluruhan pelajar UiTM di seluruh Malaysia menerima tempiasnya.


Naib Canselor juga menegaskan Khalid Ismath dihukum atas sebab dia didakwa tidak hadir kelas selama dua minggu berturut-turut dan dikenakan hukuman tidak dibenarkan mengambil peperiksaan dalaman semester ini manakala di bawah tuduhan kedua pula, Khalid didakwa menerbitkan unsur-unsur ugutan menerusi Facebook. Selain itu, Khalid juga dituduh menghina isteri Perdana Menteri.



LIHAT JUGA KEBIADABAN KHALID YANG BERSETUJU JIKA SEMUA PDRM DIBUNUH.... DI SINI 

No comments: