Monday 9 November 2015

DATUK SERI REEZAL MERICAN BAKAL CERAIKAN ISTERI KEDUANYA, DRAMATIS SHARIFAH NORAZLEENDA ???


PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Haslinda dan suaminya Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bakal bercerai.


Sebutan dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat Bangi dekat sini kira-kira  pukul 3 petang Isnin.


Haslinda atau lebih mesra disapa Lynn bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah sebaliknya diwakili oleh peguamnya.


sharifah-haslinda_reezal-merican

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 2 Disember depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Dalam pada itu Haslinda yang dihubungi mStar Online bagaimanapun seolah-olah tidak mengetahui mengenai kes berkenaan.

"Tak ada apa-apa kes pun. Oklah, saya sedang memandu, nak keluar dengan anak-anak," katanya.




Haslinda atau nama sebenarnya Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar Al-Khaired , 43, mendirikan rumah tangga dengan ahli parlimen Kepala Batas itu pada tahun  2005 sebagai isteri kedua.

Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata.  - mstar online

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican merupakan suami kedua kepada Lynn selepas bercerai pada 2004 dengan penyanyi Yantzen yang dikahwininya pada 9 Julai 1994. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aliff Ronan. 

No comments: