
SEBERANG PERAI – Pemeriksaan rutin biasa oleh Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di beberapa buah klinik swasta di sekitar Bukit Mertajam, di sini petang kelmarin berjaya membongkar satu kegiatan haram yang menawarkan perkhidmatan menggugurkan janin.


