Showing posts with label RON95. Show all posts
Showing posts with label RON95. Show all posts

Friday, 10 October 2014

RON95 BERBANDING HARGA YANG ANDA BAYAR


Ini kiraan yg betul..
Di bawah ini sukatan minyak RON95  pada harga RM2.30/liter yang anda patut dapat bergantung kepada wang yang anda bayar.

Wednesday, 1 October 2014

HARGA MINYAK RON95 NAIK LAGI.... RAKYAT NAIK MINYAK !!!


Kenaikan mengejut sebanyak RM 0.20 (dua puluh sen) untuk petrol RON 95 tidak dapat dielakkan lagi menjelang Bajet 2015 bagi membolehkan kerajaan mengurangkan bebanan subsidi bahan bakar yang mencecah RM 24 bilion pada tahun lalu.

Friday, 30 March 2012

MALAYSIA SATU-SATUNYA NEGARA ASIA KEKAL SUBSIDI RON95


Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia yang masih lagi mengekalkan harga minyak petrol RON95 pada kadar RM1.90 seliter sekali pun berlaku kenaikan harga minyak di pasaran antarbangsa.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional tidak pernah berhasrat memberhentikan bantuan subsidi bahan api itu kepada rakyat.
“Jika tidak diberikan subsidi, harga minyak petrol akan naik RM2.93 seliter dan ini akan membebankan rakyat.
“Pemberian subsidi adalah bagi mengelakkan rakyat daripada menanggung beban berterusan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek bantuan pembangunan kerajaan pusat berjumlah RM307,643.56 untuk diagihkan kepada 14 Sekolah Agama Rakyat (SAR) di kawasan Parlimen Bera, di sini hari ini.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera, berkata pada tahun ini sahaja kerajaan memperuntukkan RM17 bilion bagi subsidi petrol, diesel dan Gas LPG berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM15 bilion.
“Pemberian subsidi ini membuktikan bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional amat prihatin dan membela rakyat,” katanya. – BERNAMA